Salam Tahun Baru 2012 buat semua...Alhamdulillah....hari ni kita masih bernafas menghirup udara 2012 dengan kesihatan yang baik....semoga tahun baru 2012 lebih baik daripada tahun sebelumnya....pembuka bicara tahun ni....Suzie ingin berkongsi dengan satu resepi puding....tapi sebelum tu perasan tak..ada lainnya blog Jintan Manis kali ni...hihihi...perasan tak??....Actually Suzie nak try guna kata ganti nama daripada "Aku" kepada nama "Suzie"....hahaha...rasa cam lawak pun ada....sajer nak try...haahaha...sebab blog ni bukan hanya dibaca oleh kengkawan sebaya tetapi ada juga yang muda dan sedikit muda...hihihi....so nak try agak2 ok tak....hahaha...
Resepi puding ni Suzie ambil dari blog Kak Ita Masam Manis...memang dah lama Suzie usha....tapi tak terbuat-buat...sebab tak pernah tengok pun buah markisa tu...teringin sangat nak tau apa rasa buah markisa ni...airnya Suzie tau la...memang sedap....so masa jalan2 kat Tesco baru2 ni...jumpa la buah markisa ni.... Suzie terus beli....pada mana yang nak tau macam mana rupa paras buah markisa...ni Suzie tempekkan gambar buah tu....macam buah sentul pun ada...cuma buah Sentul warna kuning kulitnya...lama dah tak jumpa buah tu...huhu..
Suzie ingatkan sedap sangat la buah Markisa ni...sampai2 rumah terus potong...dan tengok..Alahai biji ni jer ke?..hahaha....ermmm...takpe meh rasa kut2 sedap...sama macam air kordialnyer yang sedap...sekali rasa...Mak aiiiii...masamnya...hahaha....indah nama tak seindah rasa....hahaha...sebiji potong tu tercuit sikit jer.....masam tak hingat.....harganya boleh tahan....huhuhu...
So...inilah masa yang terbaik mencuba resepi Puding Markisa....dan hasilnya memang tak menyesal...sedap weiii....kombinasi rasa masam, lemak dan manis...bergabung...Meletoppp....hahaha...makan sejuk2...perghhhh!!!!sedap.....cuma Sos Vanilla yang Suzie buat ni agak kurang pekat compare hasil Kak Ita....kepada yang teringin mencuba...ni Suzie copykan resepinyer disini...TQVM Kak Ita atas resepi yang marvelous...
Resepi adaptasi dari Puding Selasih Unggu
By: Nunung
Sumber : Buku Pelbagai Jenis Puding
2 biji buah Markisa - ambil bijinya sahaja
1/2 peket agar-agar segera - suzie guna agar2 tali jer
400 ml air
300 ml susu atau whiping cream - suzie guna whipping cream
125 gm gula pasir
1 sudu besar sunquick perisa buah-buahan - habis la pulak guna orange emulco
sedikit pewarna kuning
2 biji putih telur jika suka - suzie tak letak
Masak agar-agar bersama air dan gula hingga gula dan agar-agar larut.
Ambil sedikit agar dan campurkan bersama biji buah markisa tadi.
Tuangkan dalam acuan yg telah di basahkan dengan air.
Biarkan ia seketika.
Baki agar2 tadi di campurkan pula dengan susu masak hingga didih.
Tambahkan Sunquick dan pewarna kuning kacau rata.
Tuang kan atas puding markisa tadi.
Biarkan sejuk dan simpan dalam peti ais untuk di makan dingin
Enak di makan bersama sos vanilla.

SOS VANILLA
by : Nunung
Sumber : Buku Pelbagai Jenis Puding
1 biji kuning telur
1 sudu makan gula castor
100 ml susu pekat manis
150 ml air
1 sudu makan tepung jagung - larutkan dgn sedikit air
secubit garam
1/2 sudu makan esen vanilla
Pukul kuning telur dan gula sampai putih. Ketepikan.
Panaskan susu dan air hingga didih.
Kecilkan apinya.
Ambil sedikit susu panas, lalu campurkan dengan kuning telur. kacau rata.
Tuang kembali sedikit2 ke dlm susu yg di didihkan sambil dikacau.
Tuangkan larutan tepung jagung dan secubit garam.
tambahkan vanila dan kacau hingga pekat.
simpan dalam peti ais untuk rasa yang dingin.

Comments
Post a Comment