Puding Pavlova


Puding Pavlova....biar betul??? asyik pavlova jer...so kita tukar sikit citarasa....hehehe...asalnya aku ada terbaca iklan promosi kelas puding anjuran Citra Klasik...salah satu kelasnya....aneka jenis puding...so aku ternampak Puding Pavlova....aku tak tau lah apa bahan-bahan yang digunakan....nak tau gi kelas la kan?? hahaha...so aku belasahjer guna kreativiti sendiri....so inilah rupa hasilnya...


Ada yang berani nak try ker???kalau berani meh tengok apa aku buat dengan resepi ni...

Puding Pavlova

Bahan-bahannya:
1 keping base pavlova yang siap dibakar
1 cawan whipping cream
Aneka buah-buahan (aku guna rasberry, anggur dgn starwberry shj)
2 sudu besar serbuk agar2
Air anggaran dalam 2 cawan
Gula secukup rasa

Cara memasaknya:
1) Larutkan dahulu serbuk agar2 hingga mengelegak dan masukkan gula.Kacau rata dan bolehlah diangkat.
2) Dalam loyang masukkan base pavlova dan sapukan whipping cream.
3) Aturkan buah-buahan atas whipping cream.
4) Tuangkan perlahan air agar2 tadi. Base tadi akan terapung dan biarkan sahaja.
5) Tunggu sejuk dan bolehlah masukkan dalam peti ais. Jika ada serbuk jelly berperisa buah-buahan lagi sedap rasanya. Yang ni try and error so agar2 rasa plain sahaja. Selamat Mencuba. 


Comments