Quesadilla Ayam


Semalam waktu lunch...jalan2 habiskan duit kat Mines....Kebetulan cik abg bagi voucer Giant RM200...so beraya sakan la akak Jintan Manis...hihihi....segala mak nenek hendak dibeli...tapi memandangkan payah nak angkut nanti...so kawal2 la nafsu ni...tak habis pun voucer tu....masa di Giant la aku ternampak roti Tortilla ni....yes!!!yes!!!memang dicari pun benda alah ni...sebab masa kuliah Master Chef oleh Chef Rizz....telan air liur aku dibuatnya bila chef Rizz buat Quesadilla Ayam....ni gambar Quesadilla Ayam yang Chef Rizz buat tapi x nampak dalam gambar ni..nampak Nachos Daging jer..Quesadilla Ayam yang hujung sekali tu.....


Gambar Ehsan Master Cheff Malaysia

Tapi utk resepi ni...aku dah derhaka....kalau ikut resepi asal...banyak bahannya...so aku guna basic jer...avacado aku tak guna....aku gantikan dengan tomato...kepada yang nak try resepi asal disini aku copykan resepinya...
    Bahan-bahan Quesadilla Ayam:
  • 3 keping Roti Tortilla
  • 200gm Isi Dada ayam (dihiris)
  • ½ sudu kecil Paprika
  • ½ sudu kecil Oregano
  • 2 ulas Bawang Putih (dicincang)
  • 4 biji Limau Nipis (diambil jus)
  • ¼ cawan Minyak Neuvida
  • 2 labu Bawang Merah Besar (dihiris)
  • 100gm Lada Benggala (merah, hijau, kuning)
  • 2 biji Tomato (dicelur, dibuang kulit, didadu)
  • 2 biji Avocado (dibuang biji, didadu)
  • ½ cawan Keju Jack (diparut)
  • 100gm Daun Salad Iceberg (dihiris)
  • ½ cawan Krim Masakan
  • 1 tangkai Daun Ketumbar
  • 1 tangkai Daun Bawang
  • Garam
    Cara-cara penyediaan Quesadilla Ayam:
  • Perap isi ayam bersama bawang putih, paprika, oregano, kulit limau nipis, dan minyak neuvida. Perasakan dengan garam dan lada hitam secukup rasa.
  • Selepas itu, panaskan grill-pan dan grill ayam di atas api yang kuat hingga masak. Alihkan ke tepi.
  • Tumis lada benggala dan bawang hiris dengan api yang kuat, perasakan dengan garam dan lada hitam, akhir sekali masukan hirisan daun ketumbar.
  • Untuk penyediaan salsa tomato, campurkan tomato, bawang, daun ketumbar, jus limau dan minyak neuvida. Perasakan dengan garam.
  • Untuk penyediaan guacamole, perahkan jus limau ke atas isi avocado, lecek bersama sedikit garam, kemudian masukan bawang dan daun bawang.
  • Untuk penyediaan quesadilla, aturkan ayam bersama lada benggala tumis diatas roti tortilla, taburkan dengan keju jack, ulangkan lapisan dan tutupkan dengan roti tortilla dan tabur lagi dengan keju. Kemudian, bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 160C. Selama 25 minit.

Ni dia rupa Roti Tortilla
Kepada yang nak try...ni resepi simple yang telah diderhakakan...hihihi...

Bahan-bahan Ayam Grill:
Hirisan Ayam secukupnya
Serbuk Cili
Serbuk Lada Hitam
Garam
1 biji bawang putih dicincang
Minyak

Cara-caranya:
1- Perasakan ayam dengan semua bahan diatas termasuk sedikit minyak dan perap seketika.
2- Grillkan ayam tersebut dengan minyak yg sedikit dan tidak terlalu masak.
3- Hiriskan nipis2 ayam yang telah dimasak


Bahan-bahan Tomato Tumis:
3 biji tomato dipotong dadu dan buang biji
Bawang Holand dihiris nipis
Serbuk Lada Hitam
Garam
Minyak

Cara-caranya:
1- Tumiskan bawang hingga wangi dengan sedikit minyak.
2- Masukkan tomato dan perasakan dengan sedikit garam dan lada hitam.
3. Tumis sekejap dan angkat.


Untuk sediakan Quesadilla...panaskan sebentar roti tortilla atas pan tanpa minyak....letakkan hirisan ayam...kemudian taburkan tomato tadi dan mozarilla cheese....kemudian ulang sekali lagi dengan ayam, tomato dan cheese...tutup dengan sekeping lagi roti tortilla...bakar dalam oven....suzie bakar 160c selama 10 min jer....sebab dah lambat tak sabar nak breakfast...hehehe...


Dan inilah hasilnya...memang sedap...lepas ni nak buat lagi nak lama sikit bakar bagi roti tortilla tu benar2 garing....superbbbb......


Comments