Followers

Saturday, 11 February 2012

Masak Lemak Ketam


Alhamdulillah syukur atas nikmat rezeki yang Kau berikan....selesai sudah jamuan makan tengahari buatku sekeluarga...gandingan Masak Lemak Cili Padi Ketam...dengan Ikan Cencaru Sumbat Sambal...berpeluh2 dibuatnya....gandingan dua resepi yang mantap...bargabung...meletopp.....heheheee........




 


Masak Lemak Ketam

Bahan2nya:
3 ekor ketam yang telah dibersihkan
200ml santan kotak
2 biji tomato belah 4
4 biji cili padi
1 labu bawang merah
1 helai daun kunyit
1 batang serai diketuk
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 keping asam keping
Garam & Gula secukup rasa

Cara memasak:
1) Tumbuk bawang dan cili hingga lumat. Masukkan ke dalam periuk.
2) Masukkan santan, daun kunyit, serai dan sedikit serbuk kunyit.
3) Rebus hingga mengelegak, masukkan asam keping, garam dan gula secukup rasa.
4) Sedia utk diangkat dan dihidangkan.



No comments:

Post a Comment