Followers

Saturday, 11 February 2012

Yee Sang

Assalamualaikum...selesai sudah kerja di dapur....bolehlah masuk blog...hehehe...hidangan tengahari telah tersedia...Masak Lemak Ketam, Kerabu Daun Selum dan Cencaru Sumbat Sambal....belum terasa nak makan lagi...Breakfast Bihun Goreng bersama Drummet Goreng Tepung sarapan pagi tadi masih terasa...hehehe....sebagai hidangan selingan sambil menonton tv..aku cuba buat Yee Sang...sejenis hidangan yang disajikan oleh masyarakat cina bila makan besar sebelum Tahun Baru Cina....



First time try makan Yee Sang masa boss aku ajak makan ke rumah beliau masa Tahun Baru Cina baru-baru ni.....sebelum makan hidangan Ayam Kenny's Rogers...kami dihidangkan dengan Yee Sang vegetarian...first2 tu macam takut jugak nak rasa...tapi bila dah rasa...ermmm...enak juga makanan ni...hihihi...terus berazam nak try buat sendiri...dan inilah hasilnya...walaupun tak banyak ramuannya...tapi rasanya tetap ada....resepi aku olah daripada resepi dibawah ni...dari blog Mawar Merah ..... bahan2 yang aku gunakan hanya lobak merah, mangga muda, timun dan kacang....utk sosnya aku guna sos plum, madu, jus lemon dan bijan....jika da yang nak full version boleh tengok resepi ni....


Bahan-bahannya:
250 gram fillet ikan (salmon atau pastikan anda membeli ikan segar dan hiris nipis isi ikan putih yang digemari)
Buah limau bali berukuran sederhana dikeluarkan isinya.

Bahan parut memanjang / racik memanjang:

2 biji lobak merah
1 biji lobak putih
2 biji epal hijau
2 biji mangga muda
100 gram nangka
100 gram sengkuang / sengkuang cina
20 gram bijan panggang
Kacang tanah (dipanggang dan dikisar kasar)
100 gram crakes rangup (pilihan) atau hirisan kulit wonton goreng
Untuk digaul:-
100 gram sos plum
100 gram madu
3 sudu jus lemon
1 sudu kecil rempah lima
1 sudu kecil lada sulah

Cara Menyediakannya:

1)      Potong / parut semua bahan berasingan dan susun dalam bekas hidangan ikut susunan yang digemari. Biasanya dalam bentuk bulatan.
2)      Campurkan semua bahan sos dan kacau rata
3)      Curah sos yang telah siap di atas bahan yee sang dengan rata.
4)      Letakkan bijan, kacang dan crakes / hirisan kulit wonton goreng di atasnya.
5)      Siap untuk dimakan.


No comments:

Post a Comment