Followers

Sunday, 15 April 2012

Apam Indon





Assalamualaikum w.b.t ...Selawat dan Salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w, Para Nabi, Sahabat-Sahabat Nabi, semua Muslimim dan Muslimat yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia....Ya Allah jauhkan aku daripada perasaan riak dan takabur.....Kau kekalkanlah ilmuku dan Kau tambahkanlah rahmatMu Ya Allah....Biarlah pada pandanganku kerdil....tapi pada pandangan orang lain besar....Ameen Ya Rabbal Alamin..

 




Alhamdulillah...catat rekod satu malam masuk 3 entry sekaligus.....sementara mood baik punyer...dan masa yang terluang...baik kita manfaat sebaiknya..hihihi...entry penutup hari ni...diperkenalkan Apam Indon...rata2 blogger otai masakan dah buat...so blogger amatur cam saya ni tak nak ketinggalan juga...hihihi..resepi2 sempoi cenggini beranilah cuba...bila dah bab satu resepi 2-3 teknik dan kaedah nak buat...saya mengaku kalah angkat tangan awal2....huhuhu...







 
Siapa berminat boleh ambil resepi ni dan cuba....

APAM INDON
By: Blackmore Forum Cari
Disumbangkan oleh : MamaFami
Rujukan : Cikpuan Mieza My Resepi

5 iji telur
1 sudu kecil ovalette
1 sudu kecil esen vanilla
300 gm tepung gandum
300 gm gula halus
250 ml susu segar atau santan~ ita guna santan
1/2 sudu kecil baking powder
sedikit garam
pewarna
Panaskan kukusan.Untuk mengelakkan air menitik ke atas kek, balut penutup dgn sehelai kain.
Sediakan loyang ukuran 9 inc
Oleskan dengan minyak dan alas dasar loyang dengan baking paper

Ayakkan tepung bersama baking powder.
Campurkan garam ke dalam susu.
Putar telur dan ovalette pd kelajuan tinggi hingga kembang.
Masukkan gula sedikit demi sedikit. Kemudian masukkan esen vanilla.
Kurangkan kelajuan mixer. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit berselang seli dgn susu.
Bahagikan adunan kpd 3 bahagian. Masukkan perwarna yg disukai.

Masukkan adunan adunan pertama ke dlm acuan. Kukus selama lebih kurang 10 minit atau smpai bhgn atas tu tak melekat.
Ulangi kaedah yang sama untuk lapisan yang ke2 dan ke 3
Adunan yang terakhir hendaklah dikukus selama 30 ~ 40 minit atau sehingga apam masak sempurna



 


 

No comments:

Post a Comment