Hokkaido Chiffon Cup Cake



Assalamualaikum w.b.t buat...Selawat dan Salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w, Para Nabi, Sahabat-Sahabat Nabi, Para Anbia dan Syuhada, semua Muslimim dan Muslimat yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia....Ya Allah jauhkan aku daripada sifat riak dan takabur.....Kau kekalkanlah ilmuku dan Kau tambahkanlah rahmatMu Ya Allah....Biarlah pada pandanganku kerdil....tapi pada pandangan orang lain besar....


Mengenali sifat Allah yang pertama iaitu Wujud. Wujud ertinya ada. Umat muslim yang beriman perlu meyakini bahwa Allah swt itu ada. Untuk itulah kita tidak boleh meragukan atau mempertanyakan keberadaanNya. Keimanan seseorang akan membuatnya dapat berpikir dengan akal yang sihat bahawa alam semesta beserta isinya ada kerana Allah yang menciptakannya....




Alhamdulillah..... semalam dari ofis lagi... dah mencari2 resepi yang nak di cuba...sementara mood baking membaking ni masih hangat...tetiba terus teringat Hokkaido Chiffon....masa bertugas Open Day cik Nat ada tunjukkan aku rupa paras kek ini....aku terus terpesona dek melihatkan kegebuannya.....dan semalam impian menjadi kenyataan.........inilah hasilnya Hokkaido Chiffon Cup Cake hasil airtangansuzie....hihihi...








Nak membuatnya taklah susah....bahan-bahan tak banyak......hasil blogwalking blogger2 masakan rata2 semua dah mencuba resepi ni....ada yang bagitau harga per cup cake ni ada mencecah RM8.00 satu....Mak Aiii...mahalnyer.....sib baiklah boleh buat sendiri...dapat jugaklah merasa...personally taste kek ni mmg sedap...sebab kombinasi chiffon kek dgn custard mmg mengena...rasa ala2 Custard Tea Cake pun ada......sebab memang guna tepung custard pun...





Pada yang ingin mencuba...boleh try resepi ni...





BAHAN BAHAN

Bahan A
4 biji putih telur
1 tsp garam
80 gm gula halus

Putar sehingge menjadi kental ( MERINGUE )

Bahan B
4 biji kuning telur
30 gm gula castor
1 tsp esen vanilla
40 ml minyak jagung
40 ml susu segar

Bahan C
55 gm tepung kek
20 gm tepung custard
1 tsp baking powder

CARA CARA

1. Ayak tepung kek, tepung custard dan b.powder
2. Putar telur kuning dan gula hingge kembang
3. Masukkan minyak dan susu segar.
4. Masukkan tepung dan gaul sebati
5. Satukan adunan tepung dan meringue dengan kaedah kaup balik.
6. Masukkan kedalam cup 3/4 penuh  ( 80 peratus cup dan hentakkan cup untuk mengurangkan gelembong 
    udaradi dalam kek )
7.  Bakar pade suhu 170 C selame 15 minit hingge 20 minit  atau sehingge masak kekuningan )

BAHAN CUSTARD

1 sudu besar tepung custard
1 sudu besar tepung gandum
4 sudu besar gula
200 ml susu segar
1 biji telur
1 sudu besar mentega/ butter

1.Satukan bahan dan masak hingge adunan pekat dan berkilat. ( kkzu masak atas double boiler ). Bancuh tepung dengan 50 ml susu segar dahulu baru satukan kesemua bahan. .Sentiase mengacau filling custard ini untuk mendapatkan filling custard yang licin. Setelah masak sejukkan sebentar custard filling ini
2. Setelah kek masak dan kek telah sejuk  picit custard di tengah tengah kek.Cucuk nooczle ke dalam dan picit.

Comments