Masalode a.k.a Vadai





Assalamualaikum w.b.t ...Selawat dan Salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w, Para Nabi, Sahabat-Sahabat Nabi, semua Muslimim dan Muslimat yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia....Ya Allah jauhkan aku daripada perasaan riak dan takabur.....Kau kekalkanlah ilmuku dan Kau tambahkanlah rahmatMu Ya Allah....Biarlah pada pandanganku kerdil....tapi pada pandangan orang lain besar....Ameen Ya Rabbal Alamin..




Sifat Allah yang ketujuh yang wajib kita ketahui ialah Qudrat. Qudrat bermaksud berkuasa. Sifat Allah ini bererti Allah berkuasa atas segala yang ada atau yang telah Ia ciptakan. Kekuasaan Allah sangat berbeza dengan kekuasaan manusia di dunia. Allah memiliki kuasa terhadap hidup dan mati segala makhluk. Kekuasaan Allah itu sungguh besar dan tidak terbatas, sedangkan kekuasaan manusia di dunia dapat hilang atas kuasa Allah swt.
Sesungguhnya ALLAH berkuasa atas segala sesuatu. “ (QS. Al-Baqarah: 20)




Jika ada yang tertanya..mengapa saya selitkan sifat2 Allah dalam blog ni...kerana saya dalam usaha utk belajar dan mengetahui satu demi satu sifat Allah....siapalah kita hambanya yang hina jika tidak mengenal Pencipta kita Allah Yang Maha Esa....InshaAllah.....lepas ni kita faham maksudnya satu persatu...Terima kasih tidak terhingga kepada blog CahyaIslam kerana ilmu yang diberikan dalam blognya...blog ni blog kepunyaan blogger Indonesian..Alhamdulillah Ilmu kita perolehi tanpa sempadan bangsa dan negara...semuanya dihujung jari kita...







Kali ni nak syer...satu resepi kuih yang menjadi kegemaran saya...tapi so far tak berjaya lagi buat sesedap macam original Vadai India yang jual kat pasar malam...huhuhu...tapi bagi memastikan kebersihan dan kehalalan kuih yang kita makan...baik kita buat sendiri..betul tak???hihihi...sesiapa yang nak mencuba saya copykan resepi dari CMG..kebetulan CMG baru buat kuih Vadai ni hari ni...saya buat petang semalam....sebab kalau saya nak bagi resepi saya ni tak tau pulak anggarannya...main campak2 jer ikut suka...huhuhu....


BAHAN-BAHANNYA :-)
250 gram kacang dhal, cuci dan rendam 4 jam
1 biji bawang besar, didadu
1 tangkai daun kari, dilurut, jika daun besar, hiris kecil2
1 camca besar udang kering, rendam 15 minit, dan toskan
1 batang serai, mayang halus
1 biji cili hijau, hiris halus
1 biji cili merah, hiris halus
1 camca teh penuh jintan manis
Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Toskan kacang dhal, kemudian kisar hingga hancur, mat guna food processor dan kisar tanpa air. Bila dhal hancur, masukkan udang kering dan serai hiris, kisar sekejap biar semua sebati. Alih ke dalam bekas.
  2. Masukkan bawang besar, jintan manis, hirisan cili merah dan hijau, daun kari dan tambah garam secukup rasa. Gaul rata dan biar sekejap.
  3. Ambil sehelai plastik bersih, letak kurang lebih 1 camca besar penuh adunan vadai, kepal sedikit dan leperkan, masa meleper tu jangan sampai nipis sangat, biar sederhana sahaja. Alih ke dalam loyang yang telah dialas plastik dan disapu sedikit minyak. Buat hingga siap.
  4. Panaskan minyak dalam kuali, kemudian goreng vadai tadi dalam 6 - 7 keping, bergantung pada saiz kuali anda. Berhati2 semasa memasukkan vadai ke dalam minyak panas. Goreng hingga keseluruhan vadai kuning keemasan. Angkat, tos dan boleh hidangkan...





Comments