Followers

Thursday, 12 April 2012

Pudding Triffles



Assalamualaikum w.b.t ...Selawat dan Salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w, Para Nabi, Sahabat-Sahabat Nabi, semua Muslimim dan Muslimat yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia....Ya Allah jauhkan aku daripada perasaan riak dan takabur.....Kau kekalkanlah ilmuku dan Kau tambahkanlah rahmatMu Ya Allah....Biarlah pada pandanganku kerdil....tapi pada pandangan orang lain besar....Ameen Ya Rabbal Alamin..


Sifat Allah selanjutnya yaitu Qiyamuhu binafsihi, yang ertinya Allah berdiri sendiri. Allah menciptakan alam semesta, membuat takdir, menghadirkan syurga dan neraka, dan lain sebagainya, tanpa bantuan makhluk apapun. Berbeza dengan manusia yang sangat lemah, pastinya memerlukankan antara satu sama lain.
ALLAH, tidak ada Ilah (yang berhak disembah) melainkan Dia. Yang hidup kekal lagi terus menerus mengurus makhluk-Nya. “ (QS. Ali-Imran: 2)






Tetiba malam ni teringin lak nak makan Pudding Triffles...gigih ke dapur buat..kebetulan adik aku Piqah ada buat kek sponge pelangi...habis aku kerjakan semuanya jadikan Pudding Triffles....hehehe....kali aku kombinasikan bersama whipping cream...buah2an dan kek aku buat dua kali lapisan...ermmm.....cannot imaginekan rasanya...


Lapisan paling bawah kek sponge yang direnjiskan air sirap coctail....diletakkan whipping cream beserta buah2an....dilapiskan dengan kek lagi dan custard bersama buah2an coctail lagi.....barulah last di tuangkan jelly cristal perisa strawberry bersama buah2an coctail....ermmm...nyamannya tekak jika dinikmati ketika sejuk.....arghhhh...

Kali ni saje cipta kelainan letakkan dalam botol coklat nutella....kebetulan ada simpan dua biji...selalunya malas nak basuk aku buang jer...ermmm...nyesal pulak buang...biasalah skarang trend masukkan pudding dlm jar....pavlova in jar pun dah ada skang....makin kreatif org skang ni..




Resepi ni memula tau buat dulu...tengok resepi kak hanieliza....so dah banyak kali buat...main campak2 jer bahan2nyer...hihihi...bagi yang teringin mencuba...boleh tengok resepi Cik Mat Gebu....nak senang beli jer swiss roll yang dah siap tu....ok ni copy resepi dari CMG..


Sumber : Cik Mat Gebu- Dapur Tanpa Sempadan - mohon halalkan resepi ni yer..

BAHAN KEK SPONGE :-)
200 gram tepung optima (instant cake flour)
3 biji telur gred B
50 gram mentega, cair dan sejukkan
50 ml susu segar
1 camca teh esen vanilla

BAHAN KASTARD :-)
200 ml susu sejat IDEAL
100 ml air
2 kuning telur
2 camca besar penuh tepung kastard
4 camca besar gula atau secukup rasa
3/4 camca teh esen vanilla

BAHAN JELLY :-)
1/2 camca teh konnyaku jelly powder
Gula secukup rasa,
500 ml air
1/2 camca teh strawberry emulco
Beberapa titik pewarna merah

BAHAN LAIN :-)
1 tin besar buah2an koktel, ditoskan, asing jusnya
200 ml whipping cream (1 kotak kecil), disejukkan
Jus dari buah2an koktel tadi



CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK SPONGE CAKE :- Satukan semua bahan kecuali mentega cair dan esen vanilla, ke dalam mesin kek, putar pada kelajuan sederhana sehingga semua bahan bersatu, kemudian putar pada kelajuan tinggi hingga adunan kembang dan pekat. Masukkan mentega dan esen vanilla, kaup balik hingga adunan rata. Tuang dalam loyang 12 inci x 12 inci yang telah dialas kertas minyak dan bakar pada suhu 180C selama 20 - 25 minit (pastikan oven telah dipanaskan). Sejukkan atas jaringan bila kek masak.
  2. UNTUK KASTARD :- Satukan semua bahan kastard kecuali esen vanilla, kacau rata dan masak dengan api sederhana sambil dikacau tanpa henti hingga bancuhan menjadi pekat. Masukkan esen vanilla, kacau rata dan ketikan.
  3. UNTUK JELLY :- Satukan semua bahan2 untu jelly dalam periuk, tang gula tu pandai2 lah agak, tapi jangan manis sangat, manis lite2 sudah cukup yea. Kacau rata dengan whisk dan jerang hingga mendidih dan gila hancur, kacau hingga sebati. Ketepikan dan biar sejuk sedikit.


  1. UNTUK TRIFLE :- Sediakan bekas sesuai, potong kek sponge tadi, bagi kepada 2 bahagian dan susun 1 bahagian seperti dalam gambar. Basahkan kek sponge tadi dengan jus buah koktel. Sementara itu putar whipping cream hingga kembang dan kental, jangan terlebih putar. Lapiskan whipping cream tadi atas kek. Tabur 1/2 bahagian buah2an koktel tadi.Susun lebihan kek atas buah2an koktel tadi. Basahkan dengan jus. Tuang kastard suam atasnya dan ratakan dengan spatula. Biar sejukk sekejap. Tabur baki buah2 tadi, rata. Dan akhir sekali, sendukkan jelly cair atasnya hingga memenuhi ruang seperti dalam gambar. Simpan dalam peti ais hingga jelly membeku.. sedap dihidangkan dingin...hnmmm..

No comments:

Post a Comment