Puding Roti Pelangi

Assalamualaikum w.b.t, Selawat dan Salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad dan kaum keluarganya, Para Nabi, Anbia, Muslimim dan Muslimat. Kesyukuran yang tidak terhingga di atas segala nikmat dan rahmatMu Ya Allah kerana aku masih diberi peluang bernafas di muka bumi yang Kau pinjamkan ini.

Mengenali sifat Allah yang kedua  iaitu Qidam. Qidam berarti dahulu atau awal. Sifat Allah ini menandakan bahwa Allah swt sebagai Pencipta lebih dulu ada daripada semesta alam dan isinya yang Ia ciptakan.“Dialah yang Awal dan yang Akhir, yang Zhahir dan yang Bathin; dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu. “ (QS. Al-Hadid: 3)






Balik dari opis tadi...teringin lak nak masak makanan selingan utk malam ni....buka la blog kesayangan..... apa lagi kalau bukan blog Masam Manis...terus tergoda dgn entrynya hari ni...Puding Roti Pelangi....pernah beberapa kali buat puding ni tetapi style macam Pelangi atau Apam Belang tu...tapi bila tgk style yang Kak Ita buat...sangatlah tertarik....cantik sungguh kejadiannya...tapi bila tengok hasil airtangansuzie....ermmmm....beginilah hasilnya...jangan compare yer...kamera kita guna kamera cap ayam jer...kalau Kak Ita kameranya sudah tentu kamera berpixel tinggi....bila la gamaknya aku dapat beli kamera macam tu....sure gambar mcm2 pose boleh buat...heheeh...berangan jer la dulu.....:)




Jika ada yang berminat boleh jenguk resepi ini :


PUDING ROTI PELANGI
By : Cik Mai
Rujukan : My Resepi
Sumber : Kak Ita Masam Manis


1 paket agar-agar
2 biji telur
1 tin susu cair
5 sudu makan susu pekat manis (ikut selera individu)
3 keping roti
3 sudu gula (ikut selera individu)
2 sudu besar sunquick
Pewarna hijau
Pewarna merah
Sedikit esen vanila

Masak agar-agar dgn air (anggaran air hingga tenggelam agar-agar). Masukkan gula. Kacau sebati.
Dgn menggunakan blender, kisar roti dgn telur,susu cair dan susu pekat manis hingga sebati.
Tuang bahan yg dikisar tadi ke dalam periuk agar-agar td. Masak dgn api perlahan.
Masukkan sunquick dan esen vanila. Biarkan masak seketika.
Kemudian angkat dan tuang adunan yg di masak dlm loyang (tupperware pon boley).
Drpd adunan td, asingkan 2 cawan berasingan adunan. 1 dicampurkan dgn pewarna merah, 1 lg dgn pewarna hijau. Tuang adunan berwarna td secara berselang seli ke atas adunan di dlm loyang.
Sejukkan.






Comments