Followers

Sunday, 6 May 2012

Nasi Kerabu


As Salam...kembali bersiaran walaupun kepala dah tersengguk-sengguk ni....esok dah bermula minggu baru...sebagai entry terakhir malam ni....ditayang pula Nasi Kerabu yang dibuat minggu lepas....walaupun kerja agak rumit sebab nak buat sambal dan serunding ikan...tapi bile dah menikmati hasilnya...Alhamdulillah....sangat puas hati...






Nasi Kerabu
Sumber : My Resepi


Bahan-bahannya : 

  • nasi putih biasa...saya tambah hirisan bawang, halia dan pewarna biru...


  • *bahan kuah tumis*
  • 5-6 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • sedikit halia
  • 1 biji kelapa parut
  • 1 batang serai
  • cili giling
  • 1 biji cili merah
  • 1-2 ulas asam keping
  • garam secukup rasa


  • *bahan sambal kerisik ikan*
  • 3-4 ekor ikan kembung sederhana besar
  • 3-4 ulas asam keping
  • 1/2 biji kelapa parut
  • 1 labu bawang besar
  • 1 biji cili merah
  • serbuk lada hitam dan garam secukup rasa

  • *bahan budu*
  • budu - family liza suka cap sedap sengoti @ cap yacop
  • 4-5 biji cili padi
  • limau kasturi @ limau nipis @ lemon
  •              
  • *bahan ulam kerabu*
  • 5-10 biji kacang panjang
  • 1 biji timun
  • 1/4 biji kubis
  • 1 batang bunga kantan
  • 1 batang serai
  • 1 genggam daun kesum
  • 1 genggam tauge

  • *lauk (optional)*
  • keropok ikan
  • telur masin
  • ayam goreng @ daging bakar @ ikan goreng celup tepung
  • bawang putih jeruk
  • solok lada - (haritu x buat,so, lenkali baru liza share resipi solok pulak)

  • Cara-cara

    1. Kuah_tumis
      utk kuah tumis: dari sebiji kelapa, sediakan santan pekat dan santan cair...blendkan bawang merah, bawang putih dan halia...panaskan santan pekat dalam periuk...kacau dan tunggu sampai pecah minyak...tumiskan bahan-bahan yang diblend tadi...setelah naik bau,masukkan cili giling ikut suka...kalau suka pedas, letaklah banyak-banyak...masukkan santan cair dan serai yang telah diketuk...masukkan cili merah (jangan potong)...kacau dan tunggu pecah minyak lagi...masukkan asam keping...masak hingga agak-agak pekat yang dikehendaki...bubuh garam secukup rasa...
    2. Sambal_kerisik
      utk sambal kerisik ikan: ikan kembung direbus dengan asam keping...kelapa digoreng tanpa minyak sehingga garing dan keperangan...kelapa goreng kemudiannya dikisar supaya sederhana halus...ikan rebus diambil isinya dan campurkan ke dalam kelapa goreng tadi...bawang besar dan cili merah dihiris...campurkan sekali lalu digaul rata-rata...bubuh serbuk lada hitam dan garam secukup rasa...
    3. Budu
      utk budu: potong cili padi...masukkan ke dalam budu dan perahkan asam limau...
    4. Ulam_kerabu
      utk ulam kerabu: kesemua bahan-bahan ulam kecuali tauge dipotong/dihiris halus mengikut kesesuaian...
    5. Nasi_kerabu_liza
      sedia utk dihidangkan - campur dan gaulkan nasi bersama kuah tumis, sambal kerisik ikan, budu dan bahan-bahan ulam...lauk opsyenal sebagai penambah selera :P



    No comments:

    Post a Comment