Puding Karamel


Assalamualaikum w.b.t buat semua pengunjung blog amatur ni...maaf lama tak bersiaran...ni gara2 mood berblog jatuh merundum dek kerana masalah tidak boleh copy n paste....a few menu still pending because of this...anyway...thank you very much kerana masih setia...huhuhu...gaya macam ramai sangat pengunjung blog ni yer...hehehe...







Bagi tidak menghampakan kengkawan yang menanti resepi ni...saya masukkan resepi Puding Karamel ni...bahan tak banyak...cara mudah...hasil hebat...giteww.....actually telur yang digunakan utk puding ni saya guna baki kuning telur buat pavlova...hihihi...sib baik jadi...cuma tak selembut selalu kerana kuning telur terlebih....hihihi...yg pasti amat nyaman ditekak ketika dinikmati masa sejuk...ermmmm...sodappp...







Alamak...cam tak caya dah leh copy n paste.....yuhuuuu....boleh kembali beraktif masukkan entry....selamat mencuba....




Puding Karamel

Sumber : My Resepi

Bahan-bahan ( saiz:16 cm )

  • 400cc(400ml) susu segar/susu cair
  • 5 sudu besar gula halus
  • 3 biji telur- pada suhu bilik
  • 2 biji telur kuning-pada suhu bilik
  • 2-3 titik esen vanila             

  • [ KARAMEL ]
  • 5 sudu besar gula
  • 2 sudu besar air

Cara-cara

  1. Sediakan karamel: Masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu besar air. Masak di atas api sederhana. Bila nampak sedikit perang, masukkan 1 sudu lagi air. Masaklah sehingga perang. Tuang ke dalam loyang. Ketepikan.
  2. Masukkan telur dan kuning telur ke dalam mangkuk. Sambil dikacau masukkan gula sedikit demi sedikit. Kacau dengan perlahan sehingga sebati. Jangan biarkan berbuih.
  3. Dalam periuk lain masukkan susu dan esen vanila. Panaskan sehingga 60 degree. Jangan sampai mendidih.
  4. Dengan susu yang masih panas lagi, masukkan sikit demi sedikit susu ke dalam telur tadi. Kacau sehingga sebati. Tuang ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
  5. Tutupkan loyang dengan 2 lapis aluminium foil. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit
  6. Atau boleh juga dibakar di dalam oven. Tapi perlulah diletakkkan air suam ke dalam dulang pembakar. Bakar selama 40-45 minit pada suhu 150 degree.
  7. Bila dah masak. Jangan buka aluminium foil. Biarkan 5 minit. Kemudian bolehlah dibuka.
  8. Bila sejuk bolehlah disimpan dalam peti ais.

Comments