Followers

Sunday, 13 May 2012

Roti Puri


Sebelum melabuhkan tirai malam...ingin dikongsi satu lagi resepi mudah tetapi sedap...selalu makan di kedai mamak...tetapi sekarang menikmatinya di rumah...dengan kebersihan dijamin...dan halalan toyibah InsyaAllah..

 



Sumber : My Resepi

Bahan-bahan ( dapat ler dlm 20 biji )

  • 4 cawan tepung gandum
  • 5 s/b marjerin atau kalau suka bole campur dgn minyak sapi - saya guna butter shj             
  • 1 s/b susu manis (tak letak pun ok) - x letak
  • 11/2 s/k baking powder
  • 1 s/k garam
  • Air secukupnya

Cara-cara

  1. Satukan tepung dgn baking powder dan garam
  2. Masukkan marjerin gaulkan sehingga sekata..
  3. Masukkan susu yg dicampur sedikit air..kemudian masukkan air sedikit demi sedikit..uli sehingga menjadi doh yg tak melekat di jari.
  4. bahagikan doh kecil-kecil sebesar 50 sen..akhir sekali canaikan doh..jgn terlalu tebal atau nipis...kemudian goreng..








Gandingan roti puri bersama kuah kari sardin..memang sedap...makan begitu sahaja juga sedap..tak makan minyak...silalah mencuba...


No comments:

Post a Comment