Red Velvet Cup Cake



Wahai Tuhanku, tunjukilah aku bersama mereka yang telah Engkau tunjukkan dan sihatkanlah aku bersama mereka yang telah Engkau sihatkan dan uruskanlah aku bersama orang yang telah Engkau uruskan dan berkatilah aku pada nikmat yang telah Engkau kurniakan dan hindarilah aku daripada sebarang kejahatan yang telah Engkau tetapkan, maka sesungguhnya Engkaulah penghukum dan tidaklah dihukumkan ke atas Engkau. Sesungguhnya tidak akan hina orang yang Engkau telah muliakan dan tidak akan mulia orang yang telah Engkau hinakan. Maka Berkat Engkau wahai Tuhan kami dan Maha Tinggi. Ameen..


 
 
 
 
Assalamualaikum w.b.t...moga sahabat-sahabat handai semua senantiasa berada di bawah lembayung rahmat Allah hendaknya....lama tak bersiaran di saat kesuntukan masa menguruskan rumahtangga...ada dua tiga menu yang belum sempat dimasukkan..InsyaAllah jika berpeluang akan dimasukkan kesemuanya...baru lega sikit bila anak-anak dah tidur..jika tidak jangan harap berpeluang mengetuk papan kekunci ni....ada sahaja karenah mereka..lagi2 sekecik Razin tu....


Lama juga tidak menyambung mengenali sifat-sifat Allah seterusnya...Jom kita sama2 hayati sifat Allah yang kelapan iaitu Iradat. Iradat bererti berkehendak. Sifat Allah ini menandakan bahwa Allah swt memiliki kehendak atas semua ciptaanNya. Bila Allah telah berkehendak terhadap takdir atau nasib seseorang, maka ia takkan dapat mengelak atau menolaknya. Manusia hanya dapat berusaha dan berdoa, namun Allah lah yang menentukan. Kehendak Allah ini juga atas kemauan Allah tanpa ada campur tangan dari manusia atau makhluk lainnya.
Sesungguhnya Tuhanmu Maha Pelaksana terhadap apa yang Dia kehendaki.” (QS. Hud: 107).







Alhamdulillah...dengan izin Allah...saya dapat memenuhi hajat adik yang teringin nak makan Red Velvet...saya juga dah lama teringin mencuba tapi tahap kemalasan yang tinggi selalu membantutkan hasrat dihati....tetapi bila adik dah mengutarakan keinginannya...saya cuba buat..walaupun semalam hari Sabtu terpaksa bekerja...balik kerja terus menyinsing lengan masuk dapur...sekali check dalam peti ais susu yang dibeli habis diminum anak2...aduhai....nak beli buttermilk..buttermilk habis...beli milk nak buat buttermilk pun habis....capai tudung keluar pulak pergi beli susu... mencabar sungguh....




Kepada yang berminat disini resepinyer :


Sumber : hanamemories
Bahan-bahan
Bahan Kek
  • 250g tepung kek *
  • 1/2 sk garam *
  • 15g @ 2 sudu besar serbuk koko * (bahan * ayak)
  • 113g @ 1/2 cawan butter
  • 160g gula kastor - resepi asal 300g
  • 2 biji telur gred A - hana gune 3 biji size M
  • 1sk esen vanila
  • 240ml @ 1 cawan buttermilk - jika tiada ikut cara dibawah
  • 2sm liquid merah @ 4sm serbuk pewarna merah - hana buh 1sm jer - bleh ltk 2sm
  • 1 sk cuka
  • 1 sk soda bikarbonat
Cream Cheese Frosting

  • 227g cream cheese
  • 227 mascarpone - hana ganti cream cheese
  • 115g @ 1 cawan gula kastor
  • 360ml @ 11/2cawan whipping cream
  • hana tambah susu segar sedikit utk frosting yg agak lembut
Cara-cara

  • Cara penyediaan buttermilk - Satukan 1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka. Biarkan sebentar dalam 10-15min sehingga susu jadi agak pekat. Boleh gantikan cuka dengan jus lemon atau cream of tartar dgn sukatan yang sama.
  • Panaskan oven suhu 170darjah celcius. Sapu loyang dengan butter.
  • Dalam mangkuk, satukan gula dan juga butter. Pukul hingga lembut lebih kurang 1-2minit.
  • Masukkan telur satu persatu dan teruskan memutar hingga kembang dan gebu.
  • Dalam cawan buttermilk satukan dengan pewarna merah dan kacau sebati hingga pewarna tidak berketul2.
  • Kurangkan kelajuan mixer, masukkan tepung berselang seli dengan buttermilk sebanyak 3 kali. (tepung,buttermilk,tepung,buttermilk,tepung)
  • Mangkuk kecil, satukan soda bikarbonat dan juga cuka hingga berbuih. Tuang cepat2 ke dalam adunan kek dan kaup balikkan sebati.
  • Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 30-40min atau sehingga masak. Cucuk lidi dahulu untuk memastikan kek masak. Jika bersih tandanya sudah masak.
  • Sejukkan di atas redai kemudian belah 3 atau 4 bahagian.
  • Sementera menunggu kek sejuk, sediakan cream cheese frosting. Satukan creamcheese dan mascarpone cheese dan putar sehingga smooth. Masukkan pula gula dan juga esen dan terus memukul hingga smooth lagi. Sapukan setiap lapisan kek dan hias ikut suka.
  • Sejukkan di dalam peti ais dahulu untuk kenikmatan yang berganda. :)))
  • Potong dan hidangkan.



Comments