Cekodok Pisang Mulat2

Assalammualaikum w.b.t...moga kita semua sentiasa berada di bawah lembayung rahmat Allah hendaknya...Moga kita terus diberi kekuatan fizikal,emosi dan spritual dalam mengharungi apa jua dugaan dan rintangan...InsyaAllah Ameen. Sebenarnya saya dalam perjalanan ke kampung ni...boring pulak rasanya dalam kereta ni....selepas baca tafsir Al-Quran tadi teringat pulak janji yang akan uploadkan resepi cekodok pisang...Maaf yer lambat masuk entry...sibuk melayan rutin harian dan emosi yang kurang stabil kerana terpaksa berpindah department...sayangnya saya dengan pekerjaan saya dulu hanya Allah yang tahu...tak pernah tergambar di fikiran akan keluar dari ofis....tak mengapa...akan terus berpegang pada kata-kata.....yang kita suka tidak semestinya baik untuk kita...sesungguhnya Allah telah mengatur yang terbaik buat kita....InsyaAllah...





Alahai...syahdu sangat la pulak entry kali ini....opss...sorry...ok...we back to the point...resepi cekodok pisang...saya dah pernah masuk entry ni sebenarnya...saya ada buat perbandingan antara cekodok origional dan moden....dan kali ni...saya share lagi cara membuat cekodok moden....


CEKODOK PISANG
LEMBUT DI DALAM RANGUP DILUAR

Bahan-bahannya
3 biji pisang berangan/emas/kapas
3 senduk tepung gandum atau secukupnya
1 sudu teh garam
4 sudu besar gula
1 sudu teh soda bikarbonat
1/2 cawan air

Cara Membuatnya
1) Potongkan pisang kecil2 dan masukkan ke dalam blender.
2) Masukkan bersama garam dan gula. Blend hingga halus.
3) Masukkan pisang yang diblend tadi dalam mangkuk.
4) Masukkan tepung dengan soda bikarbonat dengan air dan kaup balikkan.
5) Sila pastikan adunan tepung tidak cair kerana soda adalah agen penaik dan pelembut. Jika cair menyebabkan cekodok makan minyak. Jika adunan agak lembik tambahkan tepung. Pastikan adunan boleh dijemput dengan jari.
6) Goreng dengan minyak penuh dan toskan bila sedikit kehitaman.

Comments