Salmon Grill White White Sauce

Assalamualaikum w.b.t...Didoakan semoga kita semua sentiasa sihat hendaknya...moga dengan rahmat Allah itu..kita mudah untuk beribadat kepadaNya....Kepada pengunjung blog yang tertunggu-tunggu entry baru..mohon maaf dipinta...kerana lately ini..emosi tuan rumah tidak berapa stabil...walaupun banyak menu tertunggak yang ingin dikongsi....






Salah satu yang ingin saya kongsi adalah resepi ni...Salmon Grill with White Sauce....sebenarnya ini antara pilihan menu yang saya ingin calonkan semasa menghadiri Audition Masterchef...tetapi sbb pepagi buta dah nak prepare saya cancelkan menu ini dan gantikan dnegan menu tradisional...menu ini saya perolehi daripada My Resepi..tertarik nak mencuba bila tengok testimoni ramai dah mencuba dan memberi pujian tentang keenakkannya....kepada yang berminat berikut adalah resepinya...



Bahan-bahan ( 2 orang )

  • 2 keping ikan salmon (ikan lain pun boleh, tak payah besar sgt, i beli terlalu besar)
  • 1 sudu besar minyak zaitun
  • Secubit garam
  • Secubit lada hitam
  • *1 cawan mashed potatoes atau nasi putih (I guna nasi jepun, tanpa cuka) >> bagi yg suka mkn nasi, masak lah lebih sikit. 
            
  • Bahan-bahan untuk sos
  • 2 sudu besar majerin atau mentega
  • 1/2 biji bawang besar (dicincang)
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1/2 sudu kecil daun parsli kering (herb lain pun boleh)
  • 1 cawan susu segar
  • Secubit garam
  • Secubit lada hitam

Cara-cara

  1. Sediakan sos dulu: Panaskan majerin dlm periuk kecil, goreng bawang besar sehingga layu. Masukkan tepung gandum dan kacau sehigga tepung gandum melekat kat bawang. Masukkan bahan2 lain, masak sampai didih sambil tu kacau-kacaukan. Matikan api dan diketepikan.
  2. Ikan disalut dgn garam dan lada hitam. Gorengkan dgn minyak zaitun sehingga perang/masak.
  3. Letak 1/2 nasi di dlm pinggan kemudian letak ikan ke atas nya. Tuangkan sedikit sos kat atas ikan dan di sekeliling nasi.
  4. Bahan2 lain ikut citarasa masing-masing, yg pentingnya adalah sos putih.


Comments