Followers

Friday, 22 June 2012

Salmon Grill with White Sauce bersama Nasi Goreng Cili Padi



Assalamualaikum w.b.t dalam Salam Sejahtera...tak berniat nak berceloteh panjang....penat sikit malam ni..tapi ada niat nak masukkan entry ni..huhuhu...balik kerja tadi ingat nak singgah pasar malam...tak payah nak masak cadangnya...tapi bila pikir balik...jemu juga menupasar malam..tak tau nak beli apa...alih2..balik rumah..solat Asar..terus ke dapur...dan inilah hasilnya.....

Nasi Goreng Cili Padi
Bahan-bahannya:
5 cawan nasi
5 biji cili padi
1 biji bawang
2 biji bawang putih
6 ekor udang buang kulit dipotong dadu
1 inci belacan bakar
3 batang kacang panjang
1/2 batang lobak merah
Segenggam ikan bilis
Garam secukup rasa

Cara-caranya:
1) Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili padi, belacan dan ikan bilis.
2) Tumis bahan yang ditumbuk hingga garing, masukkan udang, kacang panjang dan lobak merah.
3) Masukkan nasi dan kacau hingga rata. Masukkan garam secukup rasa.


Ikan Salmon Grilldan Sos Putih

Bahan-bahan ( 2 orang )

  • 2 keping ikan salmon (ikan lain pun boleh, tak payah besar sgt, i beli terlalu besar)
  • 1 sudu besar minyak zaitun (saya pakai butter)
  • Secubit garam
  • Secubit lada hitam 
  • Bahan-bahan untuk sos
  • 2 sudu besar majerin atau mentega
  • 1/2 biji bawang besar (dicincang)
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1/2 sudu kecil daun parsli kering (herb lain pun boleh saya guna mixed herb)
  • 1 cawan susu segar
  • Secubit garam
  • Secubit lada hitam

Cara-cara

  1. Sediakan sos dulu: Panaskan majerin dlm periuk kecil, goreng bawang besar sehingga layu. Masukkan tepung gandum dan kacau sehigga tepung gandum melekat kat bawang. Masukkan bahan2 lain, masak sampai didih sambil tu kacau-kacaukan. Matikan api dan diketepikan.
  2. Ikan disalut dgn garam dan lada hitam. Gorengkan dgn minyak zaitun sehingga perang/masak.
  3. Letak 1/2 nasi di dlm pinggan kemudian letak ikan ke atas nya. Tuangkan sedikit sos kat atas ikan dan di sekeliling nasi.
  4. Bahan2 lain ikut citarasa masing-masing, yg pentingnya adalah sos putih.

No comments:

Post a Comment