Followers

Sunday, 1 July 2012

Apam Aiskrim Cornetto




Assalamualaikum w.b.t....Selawat dan Salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, para sahabat dan para anbia....Syukur Alhamdulillah kita masih diberi kesempatan bernafas di muka bumi ni...dengan nikmat yang tak terhitung...


Bila berpeluang pada hari cuti..tak kemana-mana..maka kepala mulalah ligat berfikir dari pagi hingga ke petang...apa menu saya nak masak ye...apa menu saya nak cuba yer...dan akhirnya terjawablah...menu baru yang ingin dicuba ialah Apam Aiskrim Conetto....sejak terpandang di Blog Kak Ita..terus jatuh cinta..dan berhajat nak buat....setelah tertangguh akhirnya Allah izinkan saya melaksanakannya semalam....Alhamdulillah hasil tidak mengecewakan..tetapi memang memerlukan kesabaran yang tinggi bila nak membuatnya...hihihi...



RESEPI APAM AISKRIM CORNETTO

Bahan-bahannya :
3 cawan tepung gandum ~ diayak
4 biji telur
2 cawan gula kastor
3/4 cawan air ice cream soda
1 sudu teh perasa rose ~ ita guna perasa yang berlainan untuk setiap warna
Pewarna ~ ita guna pewarna yang berlainan
Kon kertas secukupnya
Coklat masakan gelap secukupnya ~ dihiris halus
Kekacang/ coklat rice / coklat cip atau manik bewarna

Cara Membuatnya :
Pukul telur dan gula hingga, putih, kembang gebu dan ringan ~ anggaran 5-7 minit
* tambahkan 1 sudu teh ovalate jika nakkan adunan apam yang lembut
Masukkan tepung yang dah di ayak kan kaup balik hingga rata.
Tambahkan air aiskrim soda dan gaul rata.
Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dalam mangkuk berasingan
Letakkan pewarna dan perasa yang anda suka.
gaul hingga adunan, pewarna dan perasa bergaul sebati

Antara Cara Penyediaannya
Sumber Ihsan : Kak Ita Masam Manis



Sediakan Kelongsong Menggunakan Kertas Burger/Nasi Lemak




Kukus dengan api kecil dengan menggunakan dua loyang. Loyang bawah dibiarkan kosong.

SELAMAT MENCUBA!!!!

1 comment: