Asssalamualikum w.b.t....Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga dan para sahabat baginda.....Salam Ramadhan buat pembaca-pembaca blog ini....Syukur Alhamdulillah kita diberi kesempatan untuk menjalani ibadah puasa pada Ramadhan kali ini....marilah sama-sama kita rebut sebanyak mungkin pahala yang berlipat ganda dalam bulan Ramadhan ni.....
Dari semalam berkira-kira nak masukkan entry tapi sampai ke sudah tak berkesempatan....hari ni baru diizinkan Allah untuk memasukkan entry....entry menu sahur semalam 1 Ramadhan...masak simple-simple kerana yang simple ni jer kita lalu nak makan time sahur....saya masak malam sebelum tidur sebab takut kelam kabut pulak bila masak time sahur tu....semua bahan-bahan di hiris halus jer...malas sangat nak menumbuk2...hehehe....itu yang jadi Ayam Masak Kicap Simple...kalau tak simple...semua bahan ditumbuk....diletak sedikit rempah seperti kayu manis dan bunga lawang..tapi kali ni tak..semua bahan main campak2 jer....huhuhu....
Ayam Masak Kicap Simple
Bahan-bahannya:
5 ketul ayam yang telah digoreng bersama garam dan kunyit
1 biji bawang merah dihiris nipis
1 biji bawang puith dihiris nipis
1 inci halia dihiris memanjang
1 biji kentang digoreng dahulu
1 sudu cili kisar/cili boh
Sedikit hirisan daun sup bersama daun bawang
Kicap, air, garam dan gula secukup rasa
Cara Memasaknya:
1) Tumis bawang merah, bawang putih dan halia dengan sedikit minyak hingga kekuningan.
2) Masukkan cili kisar hingga naik minyak.
3) Masuk ayam goreng dan kentang. Gaul rata dan masukkan kicap hingga rata dikeseluruhan ayam.
4) Masukkan sedikit air, garam dan gula secukup rasa. Masukkan hirisan daun sup dan daun bawang.
5) Masak seketika dan bolehlah ditutup api.
Comments
Post a Comment