Followers

Thursday, 5 July 2012

Ikan Kukus Air Asam




Kadang-kadang pelik la perangai kita ni yer...bila time puasa..macam2 menu terbayang di kepala...nilah namanya manusia...belum cukup kuat menahan nafsu makan tatkala puasa...time tu la...menu yang bertahun tak makan pun...boleh teringin nak makan....dekat opis lagi dah start pikir..apa nak masak utk berbuka nanti...huhuhu...


Nilah jadinya kat saya....tiba2 boleh teringin nak makan ikan macam kat gambar ni....padahal memang tak tau pun macam mana nak buat...bila tiba2 teringat...mula jadi teringin...selalu makan ikan ni kat restoran masakan ala pantai timur time lunch...itupun dah lama tak jumpa....saya pun mula memikir macam mana nak buat yer...terfikir nak rebus dulu ikan tu...ehhh!!!nanti berkuah pulak sebab bila rebus ikan tu jadi berair...jadi saya mengambil keputusan utk mengukus ikan tu terlebih dahulu...dan tidak disangka2 hasilnya mabeles...hahaha...dengan pedas masam2 manis air asam tu memang bess.....bergabung dengan ikan segar yg dikukus menjadikkan isinya lembut...perghhh!!! berpeluh kut makan...hahaha....







Agak2 ada ke yg nak try resepi ciptaan saya ni....hehehe..jika anda seorg yang berani...meh cuba...hehehe...


Ikan Kukus Air Asam
Bahan-bahannya :

2 ekor ikan kembong besar yang segar
3 biji cili padi utk ditumbuk
4 biji cili padi (merah dan hijau) dipotong kecil
1 biji bawang merah dihiris nipis - jika suka
1 inci belacan bakar
2 biji tomato dipotong dadu
1 sudu asam jawa Adabi dicampur sedikit air masak
Garam dan Gula secukup rasa

Cara Membuatnya :
1) Ikan yang telah dibersihkan di lumur garam dan dikukus dalam 10 minit.
2) Sediakan air asam dengan menumbuk 3 biji cili padi bersama belacan, garam dan gula secukup rasa. Masukkan air asam jawa dan dikacau rata.
3) Kemudian barulah masukkan hirisan cili padi merah dan hijau, bawang dan tomato.
4) Gaul rata dan siramkan di atas ikan yang siap dikukus tadi.




No comments:

Post a Comment