Pocket Puff with Custard & Fresh Fruits



Alhamdulillah syukur di atas segala rezeki dan nikmat yang Allah berikan......semalam berbuka diberi Allah dengan Rendang Ayam, Ikan Bakar, Kerabu Pucuk Paku dan Ayam Goreng Tepung buat anak-anak...Semalam sempat juga buat sedikit kuih frozen iaitu cucur badak dan kuih keria....Nanti dah masuk kerja senang tak payah nak susah cari kuih tinggal goreng jer...jika sempat nanti saya masukkan entry tu...sebab entry ni saya nak syer dengan salah juadah berbuka semalam iaitu Pocket Puff with Custard dan Fresh Fruits...




Nampak sangat menyelerakan tak?....pembuatannya tidaklah sesusah mana..janji bahan-bahannya semua ada di rumah.....selalu untuk berbuka puasa  saya selalu sediakan satu juadah kuih manis dan satu jenis yang pedas....so yg ni adalah juadah manis berbuka saya utk 1 Ramadhan ni...termasuk kuih keria...yang pedasnya saya buat cucur badak...time cuti bolehlah buat dua tiga jenis kuih muih time kerja selalunya sejenis jer....tapi jika berkesempatan mmg dua jenis juga...huhuhu....




BAHAN KRIM KASTARD :-)
200 ml susu sejat "ideal"
2 kuning telur - saya tak guna
30 gram gula halus
1 1/2 camca besar tepung kastard
1 camca teh esen vanilla
Secubit garam

BAHAN LAIN :-)
6 - 7 keping puff pastry jenama "KAWAN", saiz 4 inci x 4 inci
Buah strawberry secukupnya, hiris
Buah kiwi secukupnya, hiris nipis
Isi buah mangga secukupnya, hiris serong


UNTUK PASTRY PUFF :-)
Saya guna style pocket puff sumber dari CMG juga sprt berikut :

 
  


Sesiapa yang agak terliur tu...tak payah tunggu lama2....kalau singgah supermarket singgah beli pastry puff jenama Kawan ni...ada logo Halal JAKIM...balik boleh buat....Selamat Mencuba...

 


Comments