Aiskrim Goreng



Ini antara projek semalam yang dibuat....time cuti mcm2 projek nak buat...kekadang diri sendiri yang penat...tapi takpe puas hati...semalam pagi lagi saya dah mula buat aiskrim goreng...sebab nak kena dibekukan dahulu...sempatlah masa berbuka nak makan....dulu punyalah taajub masa mula2 makan aiskrim goreng....macam manalah nak buatnya....jenuh pikir mcm mana goreng aiskrim tak cair ni...tapi bila dah tau..alahai senangnyer nak buat....kui2...malu pulak bila pikirkan masa tak tau dulu...





 
Amacam...menyelerakan tak? lama sangat possing ambik gambar..sampai nak cair isi dalamnya....tak kisah la yer...janji ianya memang sedap..saya buat 16 keping roti so dapatlah 8 biji aiskrim goreng.....kali ni saya nak share resepi tak payah menaip....melalui gambar sahaja...tentu korang paham dan boleh buat sambil senyum senang hati...hihihi...inilah cara membuatnya....




 
Antara  tips yang korang kena tau utk buat aiskrim goreng ni berdasarkan pengalaman saya buat :

1) Semasa meletakkan lapisan atas roti make sure anda kembungkan siap2 roti diatas.
    Ini mengelakkan roti itu meregang bila anda tekapkan acuan cawan nanti.

2) Setelah menekapkan dengan cawan plastik, anda tekan sekali lagi tepian roti utk make sure betul2
    tertutup. Jangan bagi aiskrim ada di bahagian tepi jika tidak roti tidak melekat.

3) Sila pastikan minyak betul2 panas sebelum menggoreng aiskrim roti ni. Goreng dalam masa 2
    saat sahaja. Nampak kekuningan sikit terus angkat.

4) Bekukan dahulu aiskrim ni ditempat beku hingga betul2 beku baru sedia digoreng. Selamat  
    mencuba. Nanti bagitau hasilnya...:)


 


Comments