Followers

Tuesday, 7 August 2012

Cucur Roti





Inilah antara hasil dari lebihan roti buat Aiskrim Goreng semalam.....jangan dibuang macam tu jer...membazir....dibuat cucur roti sangatlah nikmat..cucur ni memang sedap...lembut jer...cicah dengan Sos Thai...Pergh...tak sedar sepinggan habis sekelip mata...huhuhu....







 
Bahan-bahan:
  • 14 keping roti - koyak2kan menjadi kepingan kecil
  • 80gm isi ayam - dipotong dadu kecil-saya tak letak
  • 80gm udang - dicincang/dihiris
  • 1 1/2 cawan air
  • 1/2 cawan susu cair-saya tak letak
  • 3 biji telur - dipukul sedikit
  • 1 labu bawang besar - dipotong dadu
  • 2 biji cili merah - dihiris halus
  • 50gm jagung dalam tin - saya tak letak
  • sedikit daun sup/bawang - dihiris
  • 2 sudu teh serbuk lada sulah -saya tak letak
  • garam secukup rasa
  • 8-10 sudu besar tepung jagung
  • minyak secukupnya untuk menggoreng
Cara:-
  1. masukkan roti tadi ke dalam mangkuk adunan
  2. tuangkan air dan susu dan biarkan sebentar sehingga air/susu meresap ke dalam roti
  3. masukkan telur, isi ayam, udang, cili merah, bawang, jagung dan daun sup/bawang, gaulkan sebati
  4. akhir sekali masukkan serbuk lada sulah, garam secukupnya dan tepung jagung,gaulkan rata
  5. jika adunan cair bolehlah ditambahkan lagi roti atau tepung jagung (adunan janganlah terlalu cair atau terlalu keras)
  6. panaskan minyak dan gorengkan adunan seperti menggoreng jemput2

No comments:

Post a Comment