Followers

Sunday, 5 August 2012

Ketam Goreng Cili Berempah






Alhamdulillah....hari ni berkesempatan berbuka dengan adik beradik...walaupun tak lengkap...cukup buat kami yang berada di perantauan ni...huhuhu.....kami bertiga beradik bersama adik ipar berbuka bersama...kebetulan nak masak ketam hari ni...so bolehlah saya anggap sebagai salah satu menu istimewa buat kami hari ni....selain ketam....saya sediakan Kari Udang, Ikan Cencaru Sumbat Sambal (peberet saya ni....), Ikan Tenggiri Black Pepper (Untuk adik yg dalam pantang), Bihun Goreng Singapore, Buah Melaka....disamping menu yang di bawa adik-adik...Agar-Agar Oren Nata De Coco, Roti John Special, Air Cendul, Air Cincau dan ABC.....Syukur Ya Allah atas nikmat rezeki dari Mu ini....sesungguhnya kami amat bersyukur atas nikmatMu....Berkatilah rezeki kami ini.....Ameenn...






Asalnya saya beli ketam ni nak buat Sup Ketam....tapi tetiba bertukar fikiran....nak buat Ketam Goreng Bercili....tapi dalam masa yang sama....teringin juga nak buat Ketam Goreng Berempah....sudahnya saya combinekan kedua-duanya...maka jadilah Ketam Goreng Cili Berempah...olahan saya...hihihi...nak try ini resepinya....

KETAM GORENG CILI BEREMPAH

Bahan-bahannya:
3 ekor ketam dibersihkan
1 sudu serbuk cili
1 sudu serbuk kunyit
1 sudu serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
*semua bahan ini diperasakan pada ketam dan diperap seketika

1 labu bawang merah
1 biji bawang putih
1 inci halia
*semua ini dicincang halus

1 sudu cili kisar
2 sudu sos cili
1 sudu rempah kari ikan
2 tangkai daun kari
1 biji telur
Garam, Gula secukup rasa


Cara Memasaknya:

1) Goreng ketam seketika dengan minyak panas. Bila masak angkat dan toskan.
2) Kurangkan sedikit minyak dan tinggalkan untuk menumis.
3) Tumis bahan yang dicincang tadi hingga naik bau.
4) Masukkan cili kisar, sos cili dan daun kari. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
5) Pecahkan telur, kacau rata dan masukkan ketam yg telah digoreng tadi.
6) Kacau hingga kering dan tutup api. Sedia untuk mengetam. hihi...





No comments:

Post a Comment