Followers

Friday, 10 August 2012

Masak Lemak Udang







Errmmmm...Masak Lemak Udang...kawankan dengan kacang panjang boleh..dengan nenas muda boleh...dengan tomato pun boleh...ada pulak ulam-ulaman dan sambal belacan..ayam atau ikan goreng....ermmm...cukup sifat sebagai juadah masakan melayu.....








Masak Lemak Udang
 
Bahan-bahannya:
10 ekor udang yang telah dibersihkan
200ml santan kotak
3 batang kacang panjang
4 biji cili padi
1 labu bawang merah
1 helai daun kunyit
1 batang serai diketuk
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 keping asam keping
Garam & Gula secukup rasa

Cara memasak:
1) Tumbuk bawang dan cili hingga lumat. Masukkan ke dalam periuk.
2) Masukkan santan, daun kunyit, serai dan sedikit serbuk kunyit.
3) Rebus hingga mengelegak, masukkan asam keping, garam dan gula secukup rasa.
4) Masukkan udang dan masak hingga mengelegak. Sedia utk diangkat dan dihidangkan.









No comments:

Post a Comment