Dah ada Asam Pedas....pikir la pulak apa sayurnya...setakat kacang Bendi dan Tomato spesis sayur yang ada dalam Asam pedas anak-anak tak makan la pulak...ok...mama decide masak paprik la...nak masak paprik seafood...sayang pulak baki daging yang ada kat rumah ni....so saya decide buat paprik daging...walaupun selalunya saya cuba elak makanan lauk darat dan air sekaligus...kali ni saya tewas...tak apalah pikir daging tu tak banyak pun...sekadar buat perencah....hihihi....
Bahan-bahannya:
Hirisan daging (selainnya boleh gantikan dgn udang, sotong, ayam)
Hirisan carrot
Kobis bunga
Kacang Panjang
Putik Jagung
1 batang serai
3-4 helai daun limau purut dikoyakkan
1 bawang merah dihiris halus
1 bawang putih dihiris halus
1 inci halia dihiris halus
2-3 cili padi dihiris/cili merah
2 sudu besar cili mesin
2 sudu besar soso cili
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos plum *optional x ada pun takpe
Air, garam dan gula secukup rasa
Cara Memasaknya:
1) Tumis hirisan bawang, halia dan cili hingga naik bau.
2) Masukkan serai yang dititik dan cili mesin.
3) Masukkan daging kacau rata. Masukkan sos cili, tiram, plum dan daun limau purut.
4) Masukkan sedikit air dan tunggu hingga mengelegak sedikit baru masukkan sayur-sayuran..
5) Masukkan sayuran yg keras dahulu dah agak lembut baru masukkan kacang/tomato.
6) Jika kuah banyak boleh masukkan sedikit air tepung jagung utk memekatkan kuah.
*kalau saya suka buat kuah sedikit so tak perlu letak air tepung jagung.
Assalamualaikum Suzie.
ReplyDeleteTerima kasih share resepi sedap ni ye. Mama dah cuba dah, tapi mama masak ikut apa yang ada dalam peti ais. Terima kasih sekali lagi.
Saya dah cuba resepi ni memang sedap sangat 🙂🙂🙂
ReplyDelete