Kuah Asam Pedas dah ada, sayur paprik dah ada....apa pulak juadah lauk pauknya...walaupun asam pedas dah ada lauk ikan...walapun sayur paprik dah ada lauk daging...tetap nak lauk goreng2...hihihi.....ok inilah juadah lauk pauk yang bergandingan dengan Asam Pedas dan Sayur Paprik buat juadah berbuka semalam.....Sotong Goreng Tepung.....Amacam agak2 menggoda tak????
Setakat Sotong Goreng Tepung takkan nak bagi resepi jugakkan?? hehehe...sonang main campak2 jer...tapi disebalik sonang tu...saya nak berkongsi tips macam mana nak buat sotong goreng yang sedap...pernah masa mula2 buat sotong goreng...sotong goreng saya tepungnya tak rangup...sotongnya tak sedap...tapi dek kerana tiada istilah gagal sekali memasak bukan bermakna gagal nak masak lagi...hahahaha...saya tau apa do and don't membuat sotong goreng tepung......
Berikut adalah tips Sotong Goreng Tepung dari saya...moga anda dapat manfaatnya....
1) Bersihkan sotong dengan sebersih-bersihnya. Buang semua isi perut dan kulit purple yang ada.
Kulit purple tu yang akan menghanyirkan bau sotong.
2) Untuk kepala sotong elok belah tengah. Buang kepala yang keras dan dua biji matanya. Ini akan
membuatnya anda mudah nak makan dan air dari mata sotong tak mencacatkan sotong goreng
anda.
3) Apabila sotong telah siap dibersihkan, sila toskan airnya hingga kering. Jika boleh jangan ada
unsur air di sotong. ianya hanya akan membantutkan kegaringan sotong goreng anda.
4) Kocok sebiji telur dengan sedikit garam dan celup sotong dalam telur tersebut. Dalam pinggan lain
kita taburkan tepung goreng serbaguna/tepung goreng ayam. Golekkan sotong tadi hinga
keseluruhannya bersalut tepung dan kering bukan basah tau.
5) Untuk menggoreng sotong juga sila pastikan minyak betul2 panas baru dimasukkan sotong tadi.
Jika minyak belum panas anda dah masukkan sotong...alamat tak rangup la sotong anda.
6) Jika anda menggemari sotong goreng yang isisnya lembut, cukuplah dengan menggoreng apabila
tepung sudah garing terus diangkat. Tetapi jika anda suka isi sotong yang agak liat atau sedikit
keras gorenglah lama sedikit.
menggiurkan...tapi tak blh buat lagi...q tengah chicken pox...nanti gatal pulak....
ReplyDeleteQue dah baik boleh buat....tp sotong mungkin kurang gatal...kalau udang tu mmg cpt naik gatal...
ReplyDeleteowh senang je rupanya... awat kat kedai tu jadi cekodok sotong lak.
ReplyDeleteSlipdisc - Tanda, Punca dan Rawatan