Sup Soun & Fucuk







Ini dia...sup paling simple...simple dan mudah sangat nak buat...tapi ingat jangan pandang rendah pada sup yang simple ni...kerana pada sup yg simple ini kadangkala ianya jadi pembangkit selera....teringat pula saya pada satu telemovie yang saya tonton bulan puasa ni...lupa pulak apa judulnya....ianya mengisahkan dua rakan baik...seorang kaya raya dan seorang jadi pemandu sahaja kepada kawannya yang kaya....tetapi kawannya yang kaya telah diuji dengan ditarik selera makan...macam2 juadah yang sedap dijamu still tak lalu makan hingga berat badannya turun mendadak....satu hari dia pergi menjenguk ke rumah kawannya yang susah tu...dia tengok mereka sekeluarga berselera makan atas tikar buruk dengan hanya berlaukkan telur goreng....







Nak tau apa apa yang berlaku selepas tu...diapun minta kawannya tunaikan hajat dia....hajatnya dia nak pinjam tikar buruk dan minta isteri kawannya masak exactly macam yg dia makan malam tu....kawannya malu...takkan nak masakkan telur goreng jer....dia kata takpe...dia betul2 nak makan apa jer menu yg dia makan malam tu...akhirnya kawannya tunaikan hajatnya....dirumah banglonya diletakkan tikar buruk...dia bersila dan menikmati sesungguhnya juadah tu...MashaAllah....sebuah telemovie yang tersirat pengajaran buat kita...cerita simple tapi jika kita lihat pengajarannya...sungguh besar maknanya.....bersyukurlah kita diberi nikmat selera....







Bahan-bahannya:

1 paket soun dan fucuk direndam hingga lembut
1 biji kentang dipotong kecil
1 biji tauhu putih *optional kebetulan ada saya letakkan jer
1/2 paket fish ball * jika tak ada letak ikan bilis jer
1/2 kiub stok ayam
1 biji bawang merah dihiris
1 biji bawang putih dihiris
Air, garam dan gula secukupnya


Cara memasaknya:

1) Rebus air dalam 3 cawan hingga mengelegak.
2) Masukkan bawang yg dihiris tadi.
3) Masukkan kentang dan semua bahan2 tadi.
4) Masukkan stok ayam dan perasakan dengan garam dan gula. Sedap juga jika ada daun kunyit.





Comments

Post a Comment