Followers

Wednesday, 1 August 2012

Tauhu Terbalik





Assalamualaikum w.b.t....Salam Ramadhan Al-Mubarak.....Selawat dan Salam buat junjungan besar Nabi Muhammad, para sahabat dan keluarga baginda....Alhamdulillah diizinkan Allah saya dapat bersiaran malam ni...hajat dihati memang nak bersiaran...maklum la bulan Ramadhan ni lah dapur sentiasa berasap...tapi saya tak berkesempatan nak mengupdate blog...walaupun dah ada menu yang nak dishare.....kesihatan kadang tak mengizinkan...lepas jer tarawikh...mata bagai digam-gam....tak sempat la nak bukak laptop pelbagai...huhuhu.....







Minggu lepas...lepak-lepak depan tv..tertengoklah rancangan Ketuk-Ketuk Ramadhan...dalam siri tu Sheila Rusly bergandingan dengan pelakon wanita Kisah Qaisarah...ntah lupa lak namanya...hihihi....Sheila Rusly kongsi resepi ni...Resepi Tauhu Terbalik...nampak menarik sangat...kebetulan balik kerja tadi singgah kedai runcit dekat area rumah ni...terjumpa tauhu ni...automatik teringat resepi Ketuk-Ketuk Ramadhan....balik kerja terus bersilat kat dapur masak.....dan Alhamdulillah..jadi dengan mekarnya bunga tauhu ni...dan rasanya yg sedap....tauhu tu menjadi sangat crispy...rasa macam kulit ayam goreng garing pun ada...ditambah manis udang dan ayam yang diadun bersama bawang, lada sulah, daun sup dan telur...






Resepi Tauhu Terbalik

Bahan-bahannya:
8 ketul tauhu bulat yg siap digoreng
5  ekor isi udang dicincang
1 paha ayam dicincang
1 biji telur *guna separuh cukup
1 biji bawang dicincang
3 tangkai daun sup dihiris halus
Garam, gula, lada sulah secukup rasa

Cara Membuatnya:
1) Gunting bucu tauhu dengan 5 kelopak tanpa putus. kemudian terbalikkan tauhu tersebut dan keluarkan isinya. tinggalkan kelongsong tauhu sahaja. Maaf gambar caranya tak sempat nak ambil.
2) Sediakan intinya dengan mencampurkan keseluruhan bahan dan perasakan.
3) Gaul rata dan ratakan telur agar semuanya nanti melekat di tauhu.
4) Masukkan inti dalam kelongsong tauhu tadi dan padatkan.
5) Panaskan minyak dan bolehlah digoreng dengan cara menelangkupkan bunga tauhu kebawah.
6) Bila dah agak garing baru terlangkupkan sebaliknya.
7) Goreng kekuningan dan bolehlah diangkat.




No comments:

Post a Comment