Followers

Thursday, 2 August 2012

Telur Bungkus


Assalamualaikum w.b.t...Salam Ramadhan...moga semua dikurniakan kesihatan yang baik...tak dapat nak berceloteh panjang untuk entry ni...tak pernah2 update blog time before berbuka...haaa...kali ni saya lakukan...gara2 settle awal memasak tadi...





Mana-mana yang pening nak masak lauk apa...Telur Bungkus ni boleh dijadikan pilihan untuk berbuka...anak-anak tentu suka...usah buat pedas.....lauk dan sayur ada sekali...lengkap berpakej....hehehe....ini resepi ringkas telur bungkus saya...




Telur Bungkus

Bahan-bahannya:

3 biji telur dikocok dengan sedikit garam
1/2 batang caror dipotong dadu
3 batang kacang panjang dipotong kecil
2 batang bunga kobis dipotong kecil
1 dada ayam potong dadu
1 labu bawang merah dicincang halus
1 biji bawang putih dicincang
1 sudu cili mesin
2 sudu besar cili sos
Garam, Gula dan Minyak secukupnya

Cara Membuatnya:

1) Tumis bawang merah dan bawang putih hingga kekuningan.
2) Masukkan cili mesin, kacau rata dan masukkan ayam.
3) Kacau rata masukkan sos dan seterusnya sayur-sayuran. Perasakan dengan garam dan gula.
4) Jika terlalu kering boleh masukkan sedikit air. Pastikan sayuran kering dan bolehlah angkat.
5) Panaskan minyak bolehlah gorengkan telur yang dikocok tadi. Lebarkan telur dan bila agak kering masukkan inti yang dibuat tadi. Tutup baki telur ke atas inti. Bila masak tutup api dan terus tekapkan pinggan pada kuali dan telangkupkan telur. Tadaaaaa.....dah siap...

 


No comments:

Post a Comment