Kek Karamel

Assalamualaikum w.b.t dan selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, keluarga baginda, para sahabat dan semua muslimin dan muslimat....moga semua diberi nikmat kesihatan yang berpanjangan...Ya Allah lama sungguh tak menjengah blog ni....entahlah bermula raya hingga lepas raya virus malas sentiasa menyelubungi.....hari ni Allah tarik pula sedikit nikmat kesihatan...kepala rasa berat...hidung pula asyik berair...Achummm....haaa....bersin saja dari tadi....
 
 
 
 
 
 
Sejak lepas pergi kelas buat kek Black White Russian dgn Karamel kek bersama Kak Zu dari blog Semanis Gula...saya tak pernah mencuba pun membuat kedua-dua resepi tu....hinggalah pada cuti hari Malaysia tempoh hari..rasa keteringin sangat2 membuatkan hati tekad nak buat.....Alhamdulillah walaupun tak berapa kemas...kesedapan rasa kek karamel tu ada...InsyaAllah buat dua tiga kali mungkin menjadi lagi cantik....
 
 
 
 
 
Sesiapa yang berminat boleh try resepinya disini..ingat jangan derhaka dengan resepi ni......InsyaAllah pasti menjadi....kek pelangi dia bukan rasa kek sebarangan...bila dia diadun dengan meringue membuatkan teksturnya menjadi begitu gebu dan ringan....jika nak perasakan warna-warna pada kek tu...Ingat...perasakan dengan hanya satu perasa sahaja pada warna pilihan anda....bila dah banyak sangat perasa pening pulak jadinya nanti....saya buat menggunakan perasa blueberry pada warna purple....tapi saya rasa...perasa yem yang dibuat bersama Kak Zu dulu its more better...perasa tu sangat sesuai dengan rasa kek tu...lepas ni nak buat perasa yem pulak....:-)
 
 
 
Kek Karamel
 
GULA HANGUS
2  @ 4 sudu gula hangus
Masak gula dalam loyang atas api hingga cair dan warna keperangan.
Ratakan keseluruh loyang dan biarkan sejuk.
 
KARAMEL
1/2 tin susu cair @ 1 cawan penuh
70g gula castor
1/2 sudu teh vanilla
3 biji kuning telur
Campurkan semua bahan. Kacau dengan perlahan dan biarkan. Jangan sampai berbuih.
 
LAPISAN KEK (BAHAN A)
140g tepung gandum
70g gula castor
3 biji kuning telur
135 ml air
1 sudu teh baking powder
50 ml minyak
1) Putar kuning telur, air, minyak dan gula hingga kembang.
2) Masukkan tepung yang dicampur baking powder.
3) Biarkan sebentar.
 
MERINGUE (BAHAN B)
6 biji putih telur
70g gula castor
1 sudu teh krim tar-tar
Putar kesemuanya hingga menjadi kental dan bertanduk.
 
CARA MEMBUATNYA
1) Masukkan karamel dalam loyang gula hangus tadi.
2) Masukkan adunan kek yang telah diwarnakan satu persatu hingga habis.
3) Panaskan oven selama 10 minit.
4) 40 minit pertama guna api atas bawah dan 15 minit lagi api atas sahaja dengan suhu bawah 180.
5) Bakar kek dengan kaedah double boiler dengan menggunakan air panas.
 
 


Comments