Pizza Roti


 


 
 
Alhamdulillah.... baru selesai minum petang dengan anak-anak...hari ni buat Pizza Roti untuk juadah minum petang kami sekeluarga.....kebetulan bahan-bahan semua ada.....so terus ke dapur...keletang kelentung...maka jadilah Pizza Roti ni.....




Before

After

 
 
Asalnya saya dapat idea dari FB seseorang yang tagkan gambar pizza yang dia buat..nampak sangat mudah..so hari ni saya olah resepi ikut selera saya....hihihi...Antara bahan yang diperlukan seperti gambar ni...cuma botol Mixed Herbs sahaja lupa nak masuk sekali...lain-lain bahan sama seperti dalam gambar....
 
 
 
 
 
 
 
Cara Membuatnya:
 
1) Mula sekali tumis hirisan bawang besar bersama sebiji bawang putih cincang hingga naik bau.
2) Masukkan dalam 3 sudu tomato puri, satu sudu sos tomato dan satu sudu sos cili.
3) Kacau rata dan masukkan cendawan butang yang dihiris nipis.
4) Perasakan dengan garam dan gula dan masukkan sedikit mix herbs.
5) Bila agak pekat bolehlah ditutup api.
6) Sapukan sos yang dimasak tadi atas roti, kemudian hirisan sosej.
7) Taburkan cheese mozarella dan bakar dalam 10 minit. Sedia untuk dihidangkan.
 
 
 
 
 
 


Comments