Followers

Saturday, 6 October 2012

Apple Pie



 
 
 
Assalamualaikum w.b.t...moga semua berada dalam keadaan sihat hendaknya.....kat rumah ni...ramai  yang tak sihat...papanya tak sihat..anak teruna pun tak sihat....mama dia pun tak sihat jugak tapi gagah jugaklah...nak buat breakfast pagi tadi...dengan tajuk hidangan "Dari Desa Hingga Ke Kota".....hahaha,,kelas kau jah...siap ada tajuk hidangan lagi...hihihi...yang desanya Pisang Goreng tu...yang kotanya Apple Pie....hihihi.....
 
 
 
 


 
 
 
Ok...hari ni jom kita share resepi buat Apple Pie...tak rancang pun nak buat sebenarnya..tengah golek2 atas katil sebelum bangun pagi..teringat ada beli apple...kebetulan stok pastri pun mmg ada....ermmm....terus decide nak buat apple pie.....boleh gandingkan dengan pisang goreng...hihihi....
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
BAHAN INTI EPAL :-)

2 biji epal, hijau, kupas kulit, buang empulur dan dadu kecil
1/4 cawan kismis (terpulang nak guna kismis hitam atau kuning)
2 1/2 camca besar gula perang (brown sugar)
Sedikit perahan jus lemon (1 camca teh) * saya tak letak
50 gram mentega
1 batang kayu manis
3/4 camca besar tepung jagung * tepung jagung habis la pulak..ganti tepung gandum...
Secubit garam

BAHAN LAIN :-)

Puff pastry secukupnya (mat guna jenama kawan saiz 4 inci x 4 inci)
Telur + 1/2 camca teh esen vanilla, dikacau rata.

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK INTI EPAL :- Panaskan mentega dalam periuk, kemudian goreng epal tadi bersama kismis, kulit kayu manis dan gula peerang hingga sebati dan gula mencair. Masak hingga epal lembut. Tambah tepung jagung dan lemon jus, kacau hingga pekat, padam kan api dan ketepikan Bila hilang wap panas, simpan dalam peti sejuk hingga dingin dan pekat.
  2. UNTUK SIMPLE APPLE PIE :- Ambil sekeping kulit puff pastry, kerat 2 dan satu lagi dikelar2 halus Letak inti anggaran 1 camca besar dibahagian tengah pastr yang tidak berkelar. Kemudian tutup dengan bahagia satu lagi, kemaskan dan tekan dengan garfu sekeliling puff. Buat kaedah sama untuk baki puff pastry. Sapu kuning telur pada permukaan pastry.
  3. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 minit atau kuning keemsan, Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan
 

No comments:

Post a Comment