Followers

Saturday, 20 October 2012

Mille Crepe With Vanilla Cream Custard


 
 
 
Assalamualikum w.b.t.....Syulkur Alhamdulillah...dengan izin Allah saya berjaya membuat satu lagi resepi yang diidamkan...hehehe...sekali terpandang hasil tangan Kak Ita di Blog Masam Manisnya....terus terpaut hati....tengok bahan tak banyak...tengok hasil hebat... so dengan rasa penuh kesabaran dan ketekunan...gigihlah buat crepe...lapis demi lapis....dan hasilnya...dua hari penat sakit badan...hahahaa....berbaloi la dengan hasilnya....kerja tak sesusah mana tapi agak remeh dan kena sabar banyak........semalam buat hari ni masih terasa sakit2 badan.....huhuhu....dengan melayan karenah anak-anak...memang kena sabar banyak....





 
 
 
 
Sesiapa yang berhajat nak buat...lapangkan dada...tinggikan kesabaran......teruskan ketekunan....InshaAllah pasti menjadi......disini saya kopipes resepi dari blog Masam Manis....
 
 
Sumber : Masam Manis
Resepi   : Mille Creepe With Vanilla Cream Custard
 
CREPE
By : Elaine's

140gm tepung kek ~ Self Raising Flour
20 gm tepung jagung
80 gm gula caster
500 ml susu segar / susu cair
30 gm butter ~ dicairkan
4 biji kuning telur
secubit garam
1 sudu teh esen vanilla

1) Dalam satu bekas satukan tepung kek , tepung jagung dan garam kemudian diayak.
2) Masukkan 1/2 daripada susu kedalam adunan tepung dan gaul rata sehingga ia licin dan tak berketul-ketul.
3) Dalam bekas berasingan, satukan kuning telur, gula dan baki 1/2 susu tadi. Kacau rata hingga sebati.
4) Tuangkan adunan kuning telur ke dalam adunan tepung dan gaul rata hingga menjadi adunan yang licin,
5) Tambahkan butter yang telah di cairkan dan esen vanilla. Kacau adunan hingga rata.Kemudian tapis. Tutup bekasnya dengan plastik dan simpan dalam peti ais paling kurang 30 minit.
6) Sediakan kuali leper yang tak melekat. Panaskan kuali dengan api besar hingga kuali benar-benar panas. Perlahankan api dan oleskan sedikit minyak pada kuali. Tuangkan 1 senduk adunan ke dalam kuali dan mula mendadar. Biarkan hingga permukaannya kering dan lapisan bawahnya kuning keemasan. Tak perlu di balikkan. Terus angkat.

*Letakkan atas pinggan dan terus tutup dengan plastik. Setiap lapisan 1 helai plastik
Ini bertujuan untuk memgekalkan kelembapan dan mengelakkan crepe kita kering
Ulang proses yang sama hingga habis semua adunan
* Dadar adunan senipis yang boleh.
 
 

Kek Span dan Crepe yang telah siap sebelum dilapiskan dengan cream custard


 
 
 
 
Untuk resepi kek span...saya guna resepi ini...kerana ianya lebih mudah dan ringkas...jika nak ikut resepi Kak Ita...boleh klik link kat atas tadi....
 
Kek Span
 
Bahan-bahan:
3 biji Telur
2 biji Kuning telur
100gm Gula kastor
100gm Tepung gandum
1 sudu besar Ovalette
1 sudu besar Susu tepung
50gm Mentega cair *saya guna minyak jer
 
Cara-cara penyediaan:
1. Pukul kesemua bahan-bahan kecuali mentega cair sehingga gebu dan pekat dengan kelajuan tinggi.
2. Perlahankan putaran dan masukkan mentega cair. Kacau rata.
3. Masukkan separuh adunan sahaja dalam loyang utk based crepe ni.
4. Lebihnya bolehlah masuk dalam paper cup buat makan2. Kek ni sedap makan macam tu jer tanpa topping.
 
 
 

 
 
VANILLA CREAM CUSTARD
By: Cookpad
Rujukan : Dailyclickclick

200 ml whipping cream
450 ml susu segar / susu cair
2 sudu besar tepung gandum
1 1/2 sudu besar tepung jagung
85 gm gula castor
4 biji kuning telur
2 sudu besar butter
1 sudu teh esen vanilla
secubit garam
1) Masukkan susu segar atau susu cair ke dalam periuk dan masak atas dapur hingga susu didih.
2) Angkat dari dapur dan masukkan tepung dan tepung jagung.Dengan segera kacau hingga ia menjadi adunan yang licin.
3) Kemudian tambahkan gula dan terus kacau hingga gula larut.
4) Kemudian tambahkan kuning telur dan esen vanilla, kacau rata.
Letakan semula atas dapur dengan api yang sederhana dan kacau hingga ia meletup-letup.
5) Angkat dari api dan tambahkan butter, secubit garam dan esen vanilla. Kacau hingga ia menjadi adunan yang licin. Kalau adunan tak licin dan berketul, tapis untuk mendapatkan hasil cream yang licin.
6) Dalam mangkuk pemutar, putarkan whipping cream hingga kental ~ bertanduk
Tuangkan adunan whipping cream ke dalam castard dan kaup balik adunan hingga sebati.

 



 



2 comments:

  1. salam Suzie

    Terima kasih kerana mencuba!
    harap-harap berpuashati dengan rasanya.. ^_^

    cian dia.. sampai sakit2 badan.. :))

    ReplyDelete
  2. Salam kembali,

    Suker Kak Ita...sedapppp...
    Tp tu la mencrepe sampai sakit badan...hihihi...lawak la pulak...
    Mungkin sbb tgh preggy ni...Stamina kurang...
    Anyway..tq kak atas resepi menarik ni....:-)

    ReplyDelete