Followers

Monday, 1 October 2012

French Omelette




Ni antara lauk hidangan makan malam tadi....tak tau nak masak apa...tetiba terlintas nak buat omelette sbb tgk cik abg ada bawa balik capsicum...kebetulan sosej dan cendawan butang pun ada....so layan jer la omelette ni selain ikan sardin masak kicap dan sayur campur...selalu org buat breakfast..saya belasah makan utk dinner...hihihi....





 
 
 
 
 
Nak buat tak susah...main campak2 jer...so resepi pun tak ada sukatan la...main agak2 jer la yer....
 
 
Bahan-bahannya:
 

3 biji telur
Sedikit susu segar
Sedikit air sejuk
1 batang sosej
1 labu bawang dihiris
sedikit capsicum merah dan hijau
3 biji cendawan butang dihiris nipis
1 biji kentang dipotong nipis dan direbus sebentar bg lembut
sedikit mozerella cheese, garam and serbuk black pepper
 
Cara Membuatnya:
 
1) Tumis bawang dan kemudian masukkan sayuran dan perasakan sedikit dgn garam dan pepper.
2) Kocok telur dgn air sejuk dan susu.
3) Panaskan pan dengan minyak dan masukkan telur.
4) Tutup pan dan bila telur agak kering baru taburkan bahan2 yg kita tumis tadi.
5) Last sekali taburkan cheese di atasnya.
6) Guna api kecil dan masak hingga permukaan telur akan kering. Tak perlu diterbalikkan.
 
 
 
 
 


No comments:

Post a Comment