Followers

Sunday, 14 October 2012

Muffin Labu

 
 
 
Actually...ni second time buat muffin labu....tapi hari tu buat cantik kejadiannya...kali ni buat kurang memberangsangkan...huhuhu...rasanya terlebih elemen cecair...sama ada pada labu atau susu segar....tapi rasanya pada labu..sebab labu mmg saya tak sukat....huhuhu...mana yg direbus tu...semua tulah yang saya masukkan....kes malas nak simpan yang lebih tu..hihihi...
 
 

 
 
 
MUFFIN LABU (PUMPKIN MUFFIN)



Bahan :

1 cawan tepung gandum
3/4 sk baking powder
1/4 sk baking soda
1/2 sk garam
1/2 cawan labu lecek
1/4 cawan yogurt
2 biji telur
1/4 cawan minyak
1/3 cawan gula
sedikit vanilla essence
coklat chip untuk hiasan


Cara :

1. Panaskan oven ke 190 C.
2. Ayak tepung bersama baking soda , powder dan garam. Ketepikan.
3. Satukan labu, telur, gula, yogurt dan minyak. Kemudian blend sehingga licin.
4. Masukkan bahan blend ke dalam adunan tepung.
5. Gaul adunan sekadar bersatu. Jangan overmix.
6. Ceduk adunan ke dalam muffin pan dan taburkan coklat cip di atasnya.
7. Bakar sehingga kekuningan lebih kurang 25 minit.
 
 



No comments:

Post a Comment