Nasi Ayam Hainan


 
 
Alhamdulillah....pagi tadi breakfast layan nasi...lunch pun layan nasi....haaa....ambik!!!!....hihihi...ni gara2 penangan ujian penyingkiran masterchef...tetiba rasa teringin sangat nak buat nasi ayam....makanya saya pun mencuba la resepi Azni yang menang dalam ujian penyingkiran tu...Alhamdulillah sodap....selalu buat ayamnya goreng jer....kali ni ikut resepi Azni...saya buat panggang....panggang dalam kuali jer guna minyak sikit jer......
 
 
 

 
 
 

Nasi Ayam Hainan Ipoh - Azni


     

    Bahan-bahan untuk Nasi:

  • 1 cawan beras
  • 1 cawan stok ayam
  • 2 sudu santan
  • 20gm marjerin
  • 3 helai daun pandan
  • 5cm halia-dihiris
  • 3 sekawan - saya guna kulit kayu manis dgn bunga lawang

     

    Cara-cara penyediaan:

  • 1. Cuci beras sehingga bersih. Gunakan air/stok ayam sebagi ejen pelembut nasi. Masukkan halia dan tiga serangkai yang telah ditumis. Masukan juga daun pandan yang disimpul.
  • 2. Apabila nasi hampir masak.masukkan marjerin dan sedikit garam.

    Bahan-bahan untuk Ayam:

  • 1 ketul peha ayam
  • 3 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 3cm halia
  • 2cm lengkuas- saya tak guna
  • 5 tangkai cili kering-saya tak guna
  • Secubit garam
  • (dikisar semua bahan)

    Cara-cara penyediaan:

  • 1. Perap bahan kisaran bersama ayam selama 15 minit.
  • 2. Selepas diperap, bakar ayam selama 20 minit dengan suhu 180c. Pastikan ayam ditukar setiap belah selama 10 minit.

    Bahan-bahan untuk Sos Cili:

  • 2 tangkai cili merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 sudu gula- saya tambah sebiji perahan limau kasturi

    Cara-cara penyediaan:

  • 1. Masakkan cili/bahan kisaran tadi. Masukkan sedikit air juga.
  • 2. Tambahkan juga gula sebagai perasa.

    Bahan-bahan untuk Kicap Cair:

  • 4 sudu besar kicap lemak manis
  • 3 sudu besar stok ayam
  • 2cm halia-dihiris
  • ½ cawan air

    Cara-cara penyediaan:

  • 1. Panaskan kuali, masukkan kicap dan air. Tambahkan stok ayam dan sedikit halia.

    Bahan-bahan untuk Sup:

  • 50gm tulang ayam
  • 3 batang (batang daun saderi)

    Cara-cara penyediaan:

  • 1. Rebus ayam yang telah dicuci tadi bersama batang daun saderi dan halia.
  • 2. Tambah dengan garam dan gula.
  • 3. Siap dan hidangkan.
 
 
 



Comments