Puding Kastard Kek Gulung

 
 
 
 
Ni entry tertunda sebelum ni...gara2 geram dengan Chef Anuar dalam cabaran celebrity chef kat Masterchef...huhuhu....Kesian sungguh kat Adly time tu...memang remeh giler buat puding ni...nak kata sedap sangat2...biasa jer la...kelainan pada adunan kastard kerana berkolaberasi dengan gelatin dan whipped cream...lemak lemak rasanya.....saya buat ni pun tak letak perisa mangga dan strawberry...buat plain jer.....sebab tu saya tukar nama yang lebih relevan berbanding nama asalnya...hihihi...maaflah terlupa nak ambil gambar yang dah berpotong....;-)
 
 
 




   Puding Mangga Dan Strawberi - Chef Anuar Deraman


    Bahan-bahan Kek Gulung Strawberi:

  • 3 biji Telur
  • 2 biji Kuning telur
  • 100gm Gula kastor
  • 100gm Tepung gandum
  • 1 sudu besar Ovalette
  • 1 sudu besar Susu tepung
  • 50gm Mentega cair
  • 200gm Jem strawberi

    Cara-cara penyediaan:

  • 1. Pukul kesemua bahan-bahan kecuali mentega cair sehingga gebu dan pekat dengan kelajuan tinggi.
  • 2. Perlahankan putaran dan masukkan mentega cair. Kacau rata.
  • 3. Masukkan adunan ke dalam dulang pembakar yang telah dialas dengan kertas kalis minyak.
  • 4. Bakar hingga masak dengan suhu 190ºc selama 10 minit dan sejukkan. Sapukan jem strawberi ke atas permukaan kek dan gulung.

    Bahan-bahan Isian Mangga Dan Strawberi:

  • 250 mlsusu segar
  • 120gm gula kastor
  • 50gm telur
  • 50gm kuning telur
  • 35gm tepung kastad
  • 50ml susu segar
  • 10gm serbuk gelatin halal
  • 450gm krim putar (whipping cream)
  • 30ml air
  • 1/2 biji buah mangga (di blend dan diambil jusnya)
  • 6 biji buah strawberi (di blend dan diambil jusnya)

    Cara-cara penyediaan:

  • 1. Larutkan gelatin dengan 30 ml air dan biarkan seketika.
  • 2. Didihkan 250ml susu segar dengan gula kastor, perlahankan api.
  • 3. Di dalam bekas yang berasingan, campurkan telur, kuning telur, tepung kastad dengan 50 ml susu segar dan kacau.
  • 4. Tuangkan ke dalam adunan susu tadi, kacau hingga pekat dan mendidih. Matikan api.
  • 5. Larutkan gelatin dengan air dan biarkan selama 2 minit. (nota: larutan gelatin akan menjadi keras). Cairkan semula dengan teknik double boiler sebelum dimasukkan ke dalam adunan di atas.
  • 6. Biarkan adunan suam sedikit sebelum dicampurkan dengan krim putar. Kacau rata.
  • 7. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian dicampurkan dengan jus mangga dan satu bahagian lagi dicampurkan dengan jus strawberi.

    Penyudah:

  • 1. Potong nipis kek gulung dan susun dalam acuan separa bulat.
  • 2. Masukkan adunan puding berperisa mangga memenuhi separuh acuan. Keraskan seketika di dalam peti beku.
  • 3. Masukkan adunan puding berperisa strawberi sehingga memenuhi acuan dan tutup dengan lapsan kek gulung. Keraskan lagi di dalam peti beku.

    Bahan-bahan untuk Hiasan A:

  • 300 gm coklat masakan (coklat gelap)
  • 300 gm coklat putih
  • 2 biji buah kiwi
  • 5 biji buah strawberi

    Cara-cara penyediaan:

  • 1. Cairkan chocolate putih dan gelap, curahkan diatas kertas kalis minyak, ratakan dan gunakan kreativiti untuk jadikan chocolate beraneka corak.
  • 2. Biarkan keras seketika.

    Bahan-bahan untuk Hiasan B: Krim Putar (whip topping)

  • 300 gm krim putar

    Cara-cara penyediaan:

  • Putarkan hingga kental

    Bahan-bahan untuk Hiasan C: Aprikot Gelfix

  • 300 gm aprikot gelfix
  • 250 ml air

    Cara-cara penyediaan:

  • 1. Campurkan air dan gelfix dalam periuk dan didihkan sambil dikacau.

    Bahan-bahan untuk Hiasan D: Kraf Gula

  • 120ml air
  • 300gm gula kastor
  • 50ml minyak
  • Berus

    Cara-cara penyediaan:

  • 1. Didihkan gula dengan air hingga perang dan curahkan ke atas dulang pembakar yang telah dilengser dengan minyak.
  • 2. Biarkan keras seketika sebelum dibentuk.






































Comments