Followers

Monday, 5 November 2012

Bawal Emas Masak Merah

Assalamualaikum w.b.t...Selawat dan Salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga dan para sahabat baginda...Syukur Alhamdulillah kita masih diberi kesempatan untuk terus berada di bumi Allah ini..suka saya nak berkongsi kata2 yang saya perolehi di FB tadi...

"Allah menitipkan cintanya, ketika kita bangun pagi ini, ketika kita membasuh muka dengan air wudhuk dan kita dapati bahawa Allah telah memberikan kita kesempatan satu hari lagi untuk kembali menghias catatan amalan kita, maka tersenyumlah....."



 

Saya mengharapkan...coretan resepi di blog ini juga dapat dicatat sebagai amal kebaikan yang diterima Allah....moga perkongsian resepi disini dapat dimanfaatkan oleh orang ramai....khususnya kaum Ibu...moga berkat airtangan seorang ibu dapat mengeratkan kasih sayang sebuah keluarga....Inshaallah...

 

Hari ni..nak kongsi satu lagi entry tertunda...huhuhu..takpelah yer...tertunda pun kan??? masak paling simple...sbb time ni maleh kemain nak masak...Bawal Emas Masak Merah...actually masa tu tak tau la yg itu ikan bawal...main tunjuk jer masa bershopping di Pasar Nilai 3...pastu masa kira baru org tu bgtau...bawal emas...hihihi...saya tau bawal hitam dgn bawal putih jer....huhuhu...bila dah tau itu ikan bawal dalam kepala ada dua jenis menu jer...Masak Kari atau Masak Merah..sebab ikan bawal saya suka masak dua jenis menu tu jer...so memandangkan tahap kemalasan yg menebal ketika itu...minta mahap la nak buat kari..bersantan bagai...so jadilah Bawal Emas Masak Merah....nak tau macam mana rupa ikannya...haaa...macam ni...google images tadi jumpa pulak...hihihi...
 
 
 

Sumber Gambar : fazianbatrisyia

BAWAL MERAH MASAK MERAH

Bahan-bahannya:
1 ekor ikan bawal dibersihkan
1 ulas bawang merah dihiris jer
2 ulas bawang putih dihiris jer
1 sudu besar cili kisar
2 sudu besar sos tomato
3 tangkai daun sup dipotong halus
Garam, kunyit dan gula secukup rasa

Cara Memasak:
1) Lumur ikan dengan garam dan serbuk kunyit dan goreng hingga masak.
2) Kurangkan sedikit minyak menggoreng ikan tadi dan bolehlah tumis bawang yg dihiris.
3) Bila kekuningan masukkan cili kisar dan masak hingga naik minyak.
4) Masukkan sedikit air jika kering dan masukkan sos tomato.
5) Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
6) Akhir sekali baru masukkan ikan dan daun sup. Kacau rata dan tutup api. Sedia utk dihidangkan.





No comments:

Post a Comment