Followers

Sunday, 4 November 2012

Blackpepper Steak with Spagethi Olio

 
 
 
 
Alhamdulillah....kita baru sahaja menyambut Hari Raya Korban...murah rezeki umat Islam di Malaysia...banyak daging korban diagihkan...berbanding umat Islam di negara miskin yang lain...contoh terdekat di negara Kemboja..mereka hanya menikmati daging bila tibanya Aidiladha....iaitu hasil agihan daging korban....bila membaca kisah hidup mereka dan pengalaman sahabat yang pernah menjejakkan kaki di sana..sungguh menginsafkan...moga Allah izinkan saya satu hari nanti dapat ke sana dan melihat sendiri kehidupan mereka dan dapat menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada mereka...moga keinsafan yang lahir memberikan sifat tawaduk kepada kita insan yang mudah lupa dan lalai ini....InshaAllah...
 
 
 

 
 
 
Menu saya kali ini adalah berkaitan dengan daging korban yang saya terima....ada bahagian daging yang sama terima tiada lemak dan besar potongannya...maka mudahlah saya potong untuk jadikan potongan steak....berikut adalah resepinya...
 
 
 
BLACKPEPPER STEAK
 
Bahan-bahannya :
 
3 kepingan daging
1/2 inci halia
2 ulas bawang putih
1 sudu besar sos tiram
*Tumbuk halus dan perapkan daging
 
1 biji bawang besar dicincang halus
2 ulas bawang putih dicincang halus
1 kiub daging/ayam
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar serbuk lada hitam
1/2 cawan air
1-2 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan sedikit air
*Jika kurang masin baru tambah garam
 
Cara memasak:
 
1) Panaskan pan dengan sedikit minyak dan grill daging hingga masak.
2) Boleh kelarkan sedikit daging sambil grill utk bagi daging masak. Jangan masak terlalu lama.
3) Sediakan sos blackpepper dengan tumiskan bawang cincang dgn minyak yang digrill daging tadi.
4) Bila telah kekuningan masukkan sos tiram dan air.
5) Masukkan kiub, serbuk lada hitam dan air tepung jagung.
6) Masak hingga kuah mengelegak dan agak pekat.
 

 
SPAGETHI OLIO
Bahan-bahannya :
 
1 genggam spagethi
1 biji bawang merah dicincang
2 ulas bawang putih dicincang
5-6 ekor udang yg dibersihkan
1/2 cawan mix vege @ apa sahaja sayuran yg sesuai
Sedikit Blackpepper
Sedikit Lada Sulah
Sedikit Mix Herb
 
Cara memasak:
 
1) Celur spagethi hingga lembut dalam air mengelegak dan dengan sedikit minyak.
2) Bila sudah masak toskan air spagethi dan boleh sedia utk menumis.
3) Panaskan kuali dengan minyak zaitun/minyak+margerin.
4) Tumiskan bawang hingga kuning dan masukkan udang.
5) Masukkan mix vege dan kemudian spagethi.
6) Perasakan dengan lada hitam, lada sulah, mix herb dan garam secukup rasa.
7) Kacau rata dan bolehlah diangkat.
 
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment