Followers

Sunday, 4 November 2012

Daging Blackpepper

Hari ni...hari menghabiskan entry tertunggak....walaupun masih ada yang tertunggak..saya masukkan dulu mana yang sempat....kali ni nak share satu lagi resepi daging...mentang2 la stok daging korban ada lagi...so habis menu daging dibuatnya...hehehehe....
 
 
 
 
 
 
Daging Blackpepper

Bahan-bahannya:

250 g daging dihiris nipis
1 biji bawang besar dicincang halus
3 biji bawang putih-dicincang halus
1 inci halia-dicincang halus
3sb sos tiram
2sb tepung jagung
3sb kicap manis
Serbuk lada hitam
Air, garam dan minyak secukupnya
Sedikit daun bawang
 
 
Cara Memasak:

1) Tumiskan bawang dan halia yg dicincang. Kacau supaya tidak hangus.
2) Masukkan daging, kacau rata dan masukkan sos tiram.
3) Masukkan sedikit air dan kacau hingga sedikit mengelegak. Masukkan kicap manis.
4) Tambah air dan renehkan seketika agar daging lembut. Masukkan lada hitam.
5) Kacau hingga sebati. Masukkan tepung jagung yg dibancuh dgn sedikit air.
6) Tunggu mengelegak dan kuah menjadi sedikit pekat dan tutup api. Hiaskan dengan daun bawang.
 



No comments:

Post a Comment