Alhamdulillah..sempena Cuti Deepavali hari ni...saya tak la buat maruku..tapi saya buat kuih yang sangat dikenali di Jepun....kuih ni mmg kegemaran Doraemon..selalunya Doraemon dapat upah dari mak Nobita....hihihi...kali ni saya cuba buat sendiri...dan Alhamdulillah teksturnya lembut dan gebu..sedap..compare tekstur pancake dengan Dorayaki...tekstur ni lagi lembut....tak sabar nak cuba...jom tengok resepinya....
DORAYAKI
Sumber : Myresepi
Bahan-bahan :
• 100gm tepung kek atau tepung gandum - saya guna tepung gandum jer
• ½ sudu kecil baking soda
• 60gm gula halus
• 2 sudu besar madu
• 2 biji telur
• ½ sudu besar minyak masak
• ½ sudu kecil esen vanilla
• Inti:1½ cawan kacang merah yg manis
Cara-cara :
1. Dalam mangkuk besar, pukul telur bersama gula sehingga kembang.
2. Masukkan madu, minyak dan esen vanilla. Kacau sehingga sebati.
3. Masukkan tepung dan baking soda yg telah diayak ke dalam campuran telur. Kacau adunan secara kaup balik. Boleh tambah sedikit susu segar/cair jika adunan terlalu pekat. *saya letak dalam 2-3 sudu besar susu segar.
4. Panaskan kuali yg tidak melekat (non-stick pan) dengan api kecil, masukkan 1/4 cawan adunan buat bulatan bersaiz 4".
5. Masakkan sebelah bawah sehingga berwarna perang, masak sebelah atas pula sehingga adunan nampak masak. Ulang sampai habis.
6. Letak 1 sudu besar kacang merah ditengah sekeping pan-cake, tutup dgn satu keping pan-cake. Tekan dgn tangan pelahan-lahan untuk meratakan kacang merah.
Jika tak confident nak buat jugak...ni saya bagi link cara buat dorayaki kat youtube...cantik sungguh kejadiannya.....Youtube - Cara buat Dorayaki ...tips utk dorayaki jadi cantik....gunakan api paling kecil...dan tak perlu tunggu atas terlalu kering...agak2 ada ada 2-3 lubang tepung tu...dan boleh terbalik terus terbalikkan...gunakan pan non-stick yer...InshaAllah cantik hasilnya nanti...
Selamat mencuba...
Selamat mencuba...
Comments
Post a Comment