Spaghetti Carbonara

 
 
 
 
Assalamualaikum w.b.t.....Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga dan para sahabat baginda....Moga kita terus istiqomah untuk berselawat ke atas Nabi setiap hari...bukanlah bila tiba Maulidur Rasul sahaja....setiap hari jangan lupa beristighfar dan berselawat sekurang-kurangnya 100 kali sehari...InshaAllah berkat ingatan kita pada Rasulullah...kita tergolong antara umatnya yang memperoleh syafaat dari Baginda....
 
 
Alhamdulillah...kali ni saya nak share resepi Spaghetti Carbonara hasil tangan sendiri....selalunya saya buat....mesti beli ready made carbonara Prego sbg tambahan sebab takut tak jadi seperti rasa yang dikehendaki....tapi kali ni Alhamdulillah tanpa Prego...kita boleh buat terus kuah carbonara....InshaAllah tidaklah mendukacitakan rasanya....anak2 suka sangat....
 
 
 

 
 
 
Spaghetti Carbonara
 
Bahan-bahannya:
 
1 biji bawang besar holland (kaler kuning tu) -dicincang halus
2 ulas bawang putih -dicincang halus
2-3 batang sosej dipotong-dadu kecil2
3-4 biji cendawan butang dalam tin- dipotong dadu kecil2
1/2 cawan Ayam/Daging kisar
2 sudu besar mix vege - option utk variasi warna selalu budak2 tak berapa suka
2-3 cawan susu segar (Dutch Lady color hijau)
1 cekak spaghetti
Sedikit lada sulah, lada hitam, mix herbs dan garam secukupnya
1 kiub ayam
Minyak zaitun/minyak masak + margerin untuk menumis
1-2 sudu besar tepung jagung dgn sedikit air
 
Cara Memasak:
 
1) Rebus air dengan sesudu minyak masak. Bila mengelegak rebus spaghetti hingga masak.
2) Tumis bawang besar dgn bawang putih dengan minyak zaitun/minyak masak+margerin hingga kekuningan.
3) Masukkan ayam/daging kisar. Kacau dan masukkan sosej dan cendawan/mix vege.
4) Bila agak masak masukkan susu. Bila mengelegak masukkan kiub, sedikit lada sulah, lada hitam, dan mix herbs atau parsley.
5) Kacau hingga mengelegak masukkan air tepung jagung utk memekatkan kuah. Jika kurang masin bolehlah tambah garam sbb kiub dah masin.
6) Jika terlalu pekat boleh tambah air jika kurang pekat tambah air tepung jagung. Bila mengelegak tutup api  dan sedia dihidangkan.
 
 



Comments

  1. Assalamualaikum w.b.t

    Hi, Suzie! Nmpk menarik gmbr spaghetti carbonara tu, so we olls nak try ari ni jgk. Thanx a lot..

    ReplyDelete
  2. salam nk tanya mix herbs camne ek?

    ReplyDelete
  3. okay , i will try . the best . thank for sharing .

    ReplyDelete

Post a Comment