Followers

Monday, 3 December 2012

Churros

 
 
 
Assalamualaikum w.b.t.....Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w......maaf lama tak bersiaran....didoakan semoga perjalanan hidup kita semua diberkati hendaknya....gara-gara lama tak bersiaran...banyak resepi dan menu tertunggak....hajat dihati memang nak masuk entry baru...tapi kesuntukan masa dan kemalasan yang menebal tak sempat nak update....ni pun sementara tenaga masih berbekal...digagahi mata nak update entry ni....hihihi....
 
 

 
 
 
Kali ni nak share resepi baru....Churros....kita jer rasa baru...kat blog2 masakan lain...ramai dah buat...ketinggalan pulak rasanya...hihihi....Churros adalah sejenis pastri dari Sepanyol yang seakan-akan rasa donut dan sangat popular di Sepanyol, Perancis, Portugal dan Amerika Latin. Hati meronta-ronta nak buat bila tengok Nina Masterchef 2 buat hari tu.....Alhamdulillah kejadiannya menggembirakan...garing diluar lembut didalam....
 
 

 
 
 
Sumber : My Resepi

Bahan-bahan ( 2-3 org )

• 1 cawan air
• 1 sudu makan gula
• 1 1/4 cawan tepung gandum

• 1 biji telur - size L
• 1/2 sudu kecil garam
• 1 sudu makan butter
Cara-cara:

• Didihkan air, garam, butter dan juga gula. Kecilkan api.
• Masukkan tepung. Kacau cepat2 agar tepung tidak berketul kemudian angkat dari api (adunan akan
  melekat2)
• Terus masukkan telur dan kacau sebati.
• Bulatkan adunan jd doh kecil2 dan masukkan ke dalam acuan (bleh gune nozle bentuk bintang dan
  masukkan dlm piping cetak yg aluminium tu)
• Tekan acuan dan biarkan doh keluar sepanjang 2-3 inci kemudian potong (ikut suka nak pnjg mana)
• Panaskan api dan goreng hingga keemasan. Angkat dan toskan.
• Taburkan gula+cinnamon kalau suka atau celupkan je dalam coklat cair hersley tu..
 
 

 
 
 

No comments:

Post a Comment