Followers

Monday, 17 December 2012

Muffin Durian

 
 
Dengan stok frozen durian yang ada....teringat nak buat Muffin Durian....dan hasilnya...walaweiii...serius...mmg rekomen jika nak buat....kepada peminat durian mmg sedap...lembut dan gebus....malas nak cerita panjang....jom tenguk resepi.....
 
 

 
 
 

Sumber : Mat Gebu di My Resepi

Bahan-bahan ( 10 - 12 biji )

  • 125 g mentega
  • 100 g gula halus
  • 2 biji telur gred A + 1 kuning telur
  • 130 g tepung gandum*
  • 3/4 camca teh serbuk penaik*(*disatukan dan diayak)
  • 20 ml susu segar
  • 70 g isi durian
  • 30 g hazelnut, dicincang kasar - saya tak letak sbb x nak ganggu rasa durian sebenar..hihihi 

Cara-cara

  1. Step_by_step_144
    Pukul mentega, gula dan telur hingga kembang dan gula hancur. Masukkan isi durian dan terus memukul hingga sebati.
  2. Step_by_step_145
    Masukkan tepung berselang seli dgn susu segar hingga habis. Gaul rata.
  3. Step_by_step_146
    Masukkan cincangan hazelnut, dan gaul rata menggunakan spatula. Boleh juga diganti dgn walnut, badam atau tak payah letak kalau tak nak..
  4. Step_by_step_147
    Isi dalam muffin cup 3/4 penuh dan hias dgn sebiji hazelnut. Banyak atau sikit bilangan muffin bergantung pada saiz muffin cup masing2.
  5. Step_by_step_148
    Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C, selama 25 minit. Sejukkan atas redai.               
     
 
 


No comments:

Post a Comment