Followers

Monday, 17 December 2012

Roti Arab

 
 
 
Assalamualikum w.b.t....hari ni mem tak berhajat nak berceloteh panjang...sekadar menghupdate entry baru utk koleksi blog ni...huhuhu....ni hidangan breakfast last weekend.....tetiba teringin nak buat roti arab....jenguk resepi kat internet...jumpa blog Kak Hanieliza....kebetulan semua stok bahan memang ada kat suzie's kitchen...hihihi....
 


 
 
Alhamdulillah..hasilnya tak mengecewakan.....jom jenguk resepi..
 
ROTI ARAB
Sumber : Hanieliza

Bahan
500 gm tepung hi-protin ]
1 paket yeast..mauripan ] gaul rata
50 gm gula kastor/halus ]
Secubit garam

250 ml air suam
6 s/b shortening/lemak sayur..(warna putih)

Cara
1 . Masukkan semua kedalam adunan tepung dan uli dengan rata selama 30 minit.
2. Tutup adunan dengan kain bersih yang lembab.
3. Biar dalam suhu bilik sehingga adunan naik 2 x ganda. (anggaran 30 atau 45 minit)
4. Bila adunan sudah naik, tumbuk adunan supaya angin keluar.
5. Bahagikan supaya menjadi ketulan keci.
6. Leperkan dan biarkan adunan naik semula [dalam 15 minit].
7. Masukkan adunan yg telah naik dalam kuali tak lekat [non-stick pan]...jangan gunakan minyak.
8. Panaskan dgn api yg paling kecil. Tutupkan kuali.
9. Masakkan dua-dua belah adunan sehingga agak kekuningan/garing.
10. Angkat dan hidangkan dengan kari ayam atau daging.
 


No comments:

Post a Comment