Roti Jala




Dah lama teringin nak buat roti jala style penggulung rambut ni....samakan macam penggulung rambut plastik tu kan??? hihihi....nak buat tak ada acuan...so gunalah kekretifan yang ada....ni idea dari member saya che sue....so saya telah mencopyrightkannya...alhamdulillah menjadi seperti yang dibayangkan walaupun jaringan jalanya tak sehalus guna acuan...tp setakat nak makan sendiri...ok la tu kan...hehehee...
 
 
 

 
 
 
Saya guna plastik biasa jer....masukkan dalam plastik ....ikat dan gunting kecik di muncungnya...tips kalau nak buat roti jala ni...jgn tinggi sgt picitkan adunanya...nanti terputus2....rendahkan sedikit tangan berhampiran pan...so ianya menitis cantik.....
 
 

 
 
 
Untuk resepi roti jala ni...saya main campak2 tak ada sukatan...tapi sbg garis panduan...boleh ambik resepi dr CMG ni....
 
Sumber : Cik Mat Gebu
 
BAHAN-BAHANNYA :-)

1 cawan tepung gandum
3/4 cawan air
1/2 cawan susu segar (optional, kalau tak nak susu, letak air)
2-3 titik pewarna makanan kuning
1 biji telur
3 camca besar mentega air (atau minyak zaitun)
Secubit garam
Sos kegemaran sebagai pencicah (kuah kari, sambal tumis, gula atau apa saja yang sesuai)




 
 
 
 
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan semua bahan2 di atas kecuali sos pencicah. Kacau rata dengan whisk dan tapis bancuhan tadi. Ketepikan 10 minit.
  2. Panaskan non-stick pan, mat guna saiz 10 inci. Lenser dengan sedikit minyak zaitun (lap dengan paper towel bersih yang dicelop sedikit minyak). Bila panas, paip kan adunan yang telah diisi dalam acuan botol sos bermuncung tiga secara zig-zag. Kemudian buat kaedah sama tapi kali ini bertentangan jaluran tadi.
  3. Masak dengan api kecil, bila permukaan roti jala nampak pucat, berhati2 lipat seperti dalam gambar, kemudian dari pangkal, gulung perlahan2 hingga ke hujung. Kemaskan dan alih dalam pinggan. Buat kaedah sama untuk baki adunan, hingga siap. Hidangkan bersama sos kegemaran atau sambal tumis.
 
 
 

Comments