Ayam Penyet

 
 
 
Assalamualaikum w.b.t....selawat dan salam buat baginda Rasulullah s.a.w....setelah berperap blog ni...hari ni gigih utk mencoret sedikit di blog ni...bulan Januari 2013 satu entry pun tak masuk....kek cheese sblm ni sebenarnya dah dipost januari lalu tapi sebab line slow gambar tak boleh upload....tadi baru berjaya...dan ini juga nak share entry tertunda....buat minggu lepas....
 
 

 
 
 
Kalau makan kat restoran jer mmg senang....order dah dapat...tapi dek kerana menguji diri...digigihkan juga nak mencuba buat sendiri...Alhamdulillah tak menghampakan walaupun serbuk ayam tu tak berapa jadi macam original ayam penyet....huhuhu....
 
 
 

 
Bila survey resepi di internet..terlalu banyak versi ayam penyet ni....ada yg kukus...ada yg rebus dgn santan...tapi saya ceduk resepi dah olah sendiri ikut versi saya...jika ada yg nak mencuba..silakan...hihihi...
 
 
Bahan A-Bumbu Ayam

Ketumbar
Jintan Manis
Halia
Kunyit
Bawang merah
Bawang putih
Ayam yg telah dibersihkan
1) Ketumbar dgn jintan digoreng tanpa minyak.
2) Halia, Kunyit, Bawang Merah dan Bawang Putih digoreng dengan minyak.
3) Tumbuk semua bahan2 tadi.
4) Masukkan ayam dalam periuk bersama bahan2 tadi dan perasan dengan garam
5) Masukkan air separas ayam dan rebus dalam 10 minit kemudian keluarkan ayam tu.
6) Bumbu yang ada dalam periuk bersama air tadi teruskan rebus hingga kering airnya dan letak atas ayam tadi.

Bahan B-Bumbu/Serdak Gorengan

Bawang putih
Kunyit
2/3 biji telur
1) Blenderkan semuanya hingga hancur.
2) Lumurkan dengan ayam bersama bumbu rebusan tadi.
3) Panaskan minyak. Pastikan minyak penuh menutupi ayam yg akan digoreng tadi.
4) Bila dah betul2 panas slowkan sikit api masukkan ayam tadi.
5) Balikkan ayam nampak garing boleh angkat. Jangan lama2.
6) Dah angkat bolehlah smashkan/penyetkan ayam tadi dengan pisau besar. Ambil serdak gorengan tadi dan taburkan atasnya.


 
 
 
Sambal Ayam Penyet

Bawang merah
Bawang putih
Cili merah besar
Cili padi merah

Ikan bilis sedikit
Belacan sedikit
Gula melaka sedikit
Garam secukup rasa
1) Goreng semua bahan di atas dengan sedikit minyak.
2) Bila dah layu angkat dan tumbuk. Perasakan secukupnya.
 

Comments