Melty Hershey


 
Assalamualaikum w.b.t....syukur kepada mu Ya Allah kerana masih memberi peluang kepada hambamu ini untuk terus menghirup udara di bumi pinjaman Mu ini Ya Allah..berkatilah hidup kami sekeluarga...sahabat handai...jiran tertangga dan semua muslimin muslimat.....moga hidup kita sentiasa diberkati...dirahmati dan ditetapkan iman.....Alhamdulillah...hari ni Allah izinkan saya mencuba satu lagi resepi yang dah lama dalam wish list...bila Allah tak izinkan lagi...nak buat macam2 halangan yang ada...tapi jika dizinkanNya...mudah sahaja jalannya...Alhamdulillah....sentiasalah kuatkan tali kebergantungan kita kepadaNya....dalam apa jua tindakan kita.....InshaAllah dipermudahkan....
 



 
 
Bila tengok Kak Ita Masam Manis mula menayangkan Melty Hesheynya...semangat nak buat semakin membuak2....tapi sedikit conpius...bila Kak Ita bagi macam2 option..hehehee...tak tau nak ambik yang mana satu...sudahnya....saya buat ikut versi airtangansuzie....tapi tetap tips Kak Ita jadi panduan..Thanks Kak Ita...
 

 
 
Melty Hershey
Sumber : Masam Manis
 
Lapisan 1
Biskut Oreo/Biskut Marie * saya buat dua2
Butter
1) Cairkan butter
2) Gaul dengan biskut yang ditumbuk/dikisar
3) Mampatkan dalam gelas/bekas
 
Lapisan 2

Cream Cheese
Gula halus/susu pekat
Whipping Cream Non Dairy
Blueberry Filling
1) Putar cream cheese dgn gula hingga kembang
2) Di bekas berlainan putar whipping cream hingga kembang
3) Campurkan kedua2nya dengan kaedah kaup balik atau putar perlahan
4) Bahagikan dua bahagian. Satu bahagian saya tambahkan blueberry filling.
5) Satu bahagian lagi plain sahaja.

Lapisan 3
Coklat/ Strawberry Hershey ready made dalam botol.
Jika tak ada atau nak jimat kos boleh buat coklat ganache sendiri
* Panasakan whipping cream campurkan dgn coklat hingga cair dan masukkan sedikit butter.

Lapisan 4
Cream cheese plain tadi bersama coklat nips dan chocolate rice.

Cara Melapisnya:
1) Pertama biskut yang bercampur dengan butter cair tadi kita mampatkan dalam gelas/bekas.
2) Masukkan cream cheese blueberry tadi.
3) Picitkan coklat/strawberry hershey.
4) Masukkan pula cream cheese plain pula.
5) Akhir sekali masukkan coklat Nips dan chocolate rice.
6) Sejukkan dalam peti ais dan nikmatilah kesedapannya yang tak terhingga.....hihihi...
* Maaf saya tak letak sukatan sebab saya buat ikut agak2 saya. Boleh tengok panduan Kak Ita dalam blog Masam Manis ya.





Comments

  1. sedapnya...tak tahan tgk ramai yg tayang dessert ni...

    ReplyDelete
  2. Boleh cuba lepas ni Rohah...InshaAllah mesti jadi...

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Post a Comment