Kek Marble



Assalamualaikum w.b.t....Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad, para sahabat dan ahli keluarga baginda....syukur Alhamdulillah...kita masih diberi kesempatan untuk menghirup udara di bumi pinjaman ni...

Jika dihitung...InshaAllah...lagi dua hari due saya untuk menyambut kelahiran cahaya mata keempat ni...penuh debaran dihati...Jika dilihat dari pengalaman lalu...Yg sulung overdue seminggu, yang kedua dan ketiga...masing2 awal seminggu...risau pula dihati kali ni...mungkinkah sejarah anak sulung berulang kembali.....jika boleh nak sangat bersalin minggu ni...sebab dah seminggu ambil mc...seronok memang seronok berehat di rumah...dapat kemas rumah tiap2 hari...dapat juga memasak dan mencuba resepi....hihihi...tapi setiap hari kena fikir la apa nak masak...huhuhu...




Selepas selesai  memasak juadah tengahari tadi....mula fikir juadah minum petang pula...tetiba teringin nak makan Kek Marble...stok bahan Inshaallah memang sentiasa ada di dapur....so terus decide nak buat....saya guna perisa coklat dan orange....gabungan yang mantap...memang sedap....kek pun tak berapa muak....dihidangkan bersama segelas air orange Sunquick....memang melegakan dikala cuaca panas sejak akhir-akhir ni....



KEK MARBLE

Bahan-Bahan:
  • 150 gm tepung gandum (asingkan 10 gm)
  • 150 gm butter
  • 150 gm gula kastor
  • 3 biji telur (A) *saya guna gred B jer
  • 10 gm cocoa powder
  • 1 1/2 tsp baking powder
  • Perisa sunkist emulco *saya guna orange Sunquick
Caranya:
1. Seperti biasa, pukul butter dan gula hingga kembang berkrim dan putih.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul lagi hingga adunan kembang.
3. Masukkan tepung ke dalam adunan, kaup balik hingga rata dan sebati.
4. Bahagikan kepada dua bahagian.
  • Bahagian a: Masukkan cocoa powder.
  • Bahagian b: Biarkan plain, tambahkan dengan 10 gm tepung yang diasingkan tadi dan 1/2 tsp perisa sunkist emulco.
5. Tuangkan ke dalam acuan yang telah dialas dan digris secara berselang-seli hingga habis adunan.
6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu 180 C hingga masak.
    Anggaran 30 min.


Comments